Indeks kualiti diet dan hubungannya dengan indeks jisim tubuh dalam kalangan pelajar Universiti Berbangsa Melayu semasa Ramadan di Malaysia

Pelajar universiti sentiasa menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan makanan sihat disebabkan kekangan masa, kesukaran membeli makanan sihat dan kurang motivasi untuk menyediakan makanan, yang akan menjejaskan status berat badan mereka terutama pada bulan Ramadan. Kajian ini bertujuan untuk menent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nursalimah Razman,, Zahara Abdul Manaf,, Sian, Fei See, Yee, Xing You
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22461/1/pp_1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22461/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-26-number-1-june-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelajar universiti sentiasa menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan makanan sihat disebabkan kekangan masa, kesukaran membeli makanan sihat dan kurang motivasi untuk menyediakan makanan, yang akan menjejaskan status berat badan mereka terutama pada bulan Ramadan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan indeks kualiti diet dan hubungannya dengan indeks jisim tubuh (IJT) dalam kalangan pelajar universiti berbangsa Melayu pada bulan Ramadan di Malaysia. Kajian keratan rentas ini melibatkan 170 pelajar universiti yang berbangsa Melayu dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. IJT dikira berdasarkan berat badan dan ketinggian yang dilaporkan kendiri oleh para peserta. Kaedah rekod makanan selama tiga hari digunakan untuk menilai pengambilan diet peserta sepanjang bulan Ramadan. Standardized Malaysian Healthy Eating Index (SMHEI) digunakan untuk menentukan indeks kualiti diet peserta. Majoriti (57.6%) peserta iaitu pelajar universiti yang berbangsa Melayu mempunyai IJT normal namun terdapat 14.1% dan 7.6% daripada mereka berada dalam kategori berlebihan berat badan dan obes. Sahur diamalkan oleh kebanyakan peserta (87.6%), dan dua kali makan secara purata dalam seharian. Majoriti (59.4%) peserta mempunyai kualiti diet yang tidak baik. Ini disebabkan oleh penurunan kekerapan makan, kurang pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, susu dan produk tenusu, dan makanan berasaskan bijirin, serta pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan natrium semasa bulan Ramadan. Tiada korelasi signifikan antara indeks kualiti diet dan IJT (rs= -0.015). Puasa pada bulan Ramadan dikaitkan dengan kualiti diet yang kurang baik dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Kajian prospektif lanjut diperlukan untuk memastikan perkaitan antara indeks kualiti diet dan IJT semasa bulan Ramadan dengan mengambil kira faktor-faktor lain seperti tahap aktiviti fizikal dan tempat tinggal peserta.