Gaya pengajaran guru pendidikan islam di sekolah menengah negara brunei darussalam di era SBAFL

Pentaksiran merupakan aspek terpenting dalam sistem pendidikan. Selain isu pengajaran, isu pentaksiran juga perlu dititikberatkan kerana ia berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk gaya pengajaran guru pendidikan Islam apabil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norwati Abu Baka,, Mohd Isa Hamzah,, Ab. Halim Tamuri,, Zetty Nurzuliana Rashed,, Nurussa’edah Hj Abu Bakar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21898/1/63834-211308-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21898/
https://ejournal.ukm.my/malim/issue/archive
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentaksiran merupakan aspek terpenting dalam sistem pendidikan. Selain isu pengajaran, isu pentaksiran juga perlu dititikberatkan kerana ia berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk gaya pengajaran guru pendidikan Islam apabila pentaksiran kendalian sekolah untuk pembelajaran (PKSuP) dilaksanakan dalam matapelajara Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian fenomenologi yang menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan, yang melibatkan tujuh orang guru Pendidikan Islam. Data diperoleh melalui: i) kaedah temu bual secara mendalam, ii) pemerhatian langsung di bilik darjah secara non-participant dan iii) bukti dokumen. Dapatan menunjukkan bahawa gaya pengajaran gurur pendidikan Islam (GPI) diantaranya ialah, pengajaran berpusatkan pelajar, pengajaran lebih bersistemtik dan berlakunya bimbingan berterusan.  Secara keseluruhannya dapatan kajian menunujukkan bahawa PKSuP (SBAfL) memberi pengaruh yang positif terhadap gaya pengajaran GPI. Oleh yang demikian, perlaksanaan SBAfL perlu diimplementasikan secara konsisten dan menyeluruh demi meningkatkan dan memantapkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dalam semua peringkat persekolahan. Dapatan kajian ini secara   umumnya   diharap   akan   dapat   membantu pihak   yang   berkepentingan untuk meningkatkan dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di negara Brunei Darussalam.