Persepsi kendiri pelajar antarabangsa UKM di luar negara terhadap kesejahteraan semasa sesi pembelajaran pasca pandemik

Mod pembelajaran dalam talian yang diamalkan oleh sistem pendidikan di negara ini selaras dengan pandemik yang melanda menyebabkan pelajar mengikuti pengajian di UKM secara jarak jauh, termasuklah pelajar antarabangsa UKM yang perlu mengikuti sesi pembelajaran dari lokasi di luar Malaysia. Kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amirul Mukminin Mohamad,, Nurul Atiqah Md. Suhada,, Mohd Hafiszudin Mohd Amin,, Sarah Mohamad Yunus,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21254/1/60093-199132-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21254/
https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mod pembelajaran dalam talian yang diamalkan oleh sistem pendidikan di negara ini selaras dengan pandemik yang melanda menyebabkan pelajar mengikuti pengajian di UKM secara jarak jauh, termasuklah pelajar antarabangsa UKM yang perlu mengikuti sesi pembelajaran dari lokasi di luar Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar antarabangsa UKM di dalam atau di luar Malaysia tentang tahap kestabilan internet mereka semasa sesi pembelajaran dalam talian, tahap keselesaan pembelajaran mereka serta lokasi pilihan mereka untuk meneruskan sesi pengajian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dijalankan ke atas 348 orang pelajar antarabangsa UKM dari pelbagai fakulti serta bidang pengajian yang mengikuti kursus bahasa di Pusat Pengajian Citra UKM. Kutipan data dilakukan melalui borang soal-selidik yang diedarkan secara dalam talian melalui aplikasi Google Form. Hasil analisis data kajian berdasarkan maklum balas pelajar menunjukkan bahawa talian internet pelajar di lokaliti masing-masing berada pada tahap kuat dan stabil. Lebih 80% responden memilih skala positif (Sangat Setuju dan Setuju) untuk kebanyakan pernyataan yang berhubung keselesaan pembelajaran. Peratusan positif yang tinggi terhadap tahap kesejahteraan pelajar ini selari dengan dapatan kajian yang menunjukkan 80% responden memilih untuk kekal di lokaliti negara asal sementara 20% memilih untuk meneruskan pengajian di Malaysia sehingga tamat. Secara kesimpulannya, para pelajar antarabangsa UKM memberikan maklum balas yang positif tentang situasi keberadaan mereka di lokasi luar Malaysia sama ada daripada kemudahan internet mahupun tahap keselesaan ketika mengikuti pembelajaran. Oleh itu, pihak UKM dan institusi pengajian lain disarankan untuk merangka pelan pengajaran dan pembelajaran yang mapan bersesuaian dengan maklum balas yang diperoleh ini.