Persekitaran bahasa dan keterlibatan pelajar SABK Selangor dalam pembelajaran bahasa Arab

Persekitaran bahasa Arab sebagai bahasa asing dalam kajian ini adalah melalui komponen psikososial iaitu elemen kesepaduan pelajar, sokongan guru, penglibatan pelajar, sikap pelajar berorientasikan tugasan, kerjasama antara pelajar dan layanan adil guru. Pembelajaran bahasa Arab yang tidak kondu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harun Baharudin,, Fatin Hamimah Rosli,, Noorazi Rani,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20812/1/59093-196303-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20812/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persekitaran bahasa Arab sebagai bahasa asing dalam kajian ini adalah melalui komponen psikososial iaitu elemen kesepaduan pelajar, sokongan guru, penglibatan pelajar, sikap pelajar berorientasikan tugasan, kerjasama antara pelajar dan layanan adil guru. Pembelajaran bahasa Arab yang tidak kondusif ditambah dengan penglibatan murid yang tidak aktif menjadikan pembelajaran bahasa Arab secara komunikatif tidak dapat diperkasakan.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persekitaran bahasa dalam kalangan pelajar dan keterlibatan mereka dalam menggunakan bahasa Arab. Kajian ini juga melihat hubungan persekitaran bahasa Arab dan keterlibatan pelajar menggunakan bahasa Arab di dalam kelas dan juga di luar kelas. Seramai 331 daripada 2400 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Selangor dipilih sebagai sampel kajian. Kajian kuantitatif ini menerusi kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dan diubah suai daripada kajian lepas. Analisis data deskriptif dan inferensi kajian ini menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran bahasa dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.87, sisihan piawai= 0.50). Bagi tahap keterlibatan pelajar dalam menggunakan bahasa Arab berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.40, sisihan piawai= 0.59). Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan kekuatan positif antara persekitaran bahasa dan keterlibatan pelajar menggunakan bahasa Arab (r=0.65). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pelajar SABK di Selangor mempunyai persekitaran bahasa yang membantu penglibatan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab walupun didapati kurang mempraktikkan penggunaan bahasa Arab di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berkepentingan kepada KPM agar dapat merangka dan merancang aktiviti yang mendorong keterlibatan pelajar menggunakan bahasa Arab dalam meningkatkan penguasaan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar.