Kesahan dan kebolehpercayaan pembangunan modul interaktif berasaskan teknologi Augmented Reality bagi kursus Pembinaan Bangunan II

Revolusi Perindustrian 4.0 telah mengubah landskap bidang pendidikan terutama dalaminovasi pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi telah integrasikan ke dalam pelbagai bidang pendidikan dan salah satu daripadanya adalah teknologi Augmented Reality (AR). Dalam penawaran program Teknologi Binaan di Ko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dayana Farzeeha Ali,, Ezzatinadiah Julkifleh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19948/1/52382-187155-3-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19948/
https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1460
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Revolusi Perindustrian 4.0 telah mengubah landskap bidang pendidikan terutama dalaminovasi pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi telah integrasikan ke dalam pelbagai bidang pendidikan dan salah satu daripadanya adalah teknologi Augmented Reality (AR). Dalam penawaran program Teknologi Binaan di Kolej Vokasional, terdapat satu kursus yang ditawarkan iaitu kursus Pembinaan Bangunan I dan II. Kursus ini memerlukan pelajar memahami dan menguasai pengetahuan berkaitan dengan proses-proses pembinaan di tapak binaan. Oleh itu, satu modul pembelajaran berasaskan teknologi AR telah dibangunkan dalam membantu pelajar untuk menvisualisasikan proses-proses pembinaan di tapak binaan. Kesahan dan kebolehpercayaan modul berdasarkan pandangan pakar dan pelajar di Kolej Vokasional telah dijalankan untuk menilai kualiti pembangunan modul dan elemen multimedia yang telah aplikasikan dalam modul ini. Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional dan pakar dalam bidang Teknologi Pembinaan dan bidang multimedia. Dua instrumen telah digunakan dalam pengumpulan data iaitu borang soal selidik dan senarai semak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesahan dan kebolehpercayaan modul interaktif dan pengesahan elemen multimedia berdasarkan pandangan pakar adalah berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, modul interaktif berasaskan Teknologi Augmented Reality bagi kursus Pembinaan Bangunan II ini bersesuaian dan kandungan modul yang dibangunkan menepati keperluan pelajar dan pensyarah. Pembangunan modul ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar dan membolehkan mereka mempunyai kemahiran komunikasi grafik yang baik dan juga kemahiran menyelesaikan masalah.