Gangguan siber di tempat kerja, emosi dan konflik kerja-keluarga : kawalan emosi sebagai penyederhana

Gangguan siber merupakan satu bentuk pencerobohan secara psikologi bertujuan untuk mengaibkan mangsa melalui media sosial dengan cara menyebarluas maklumat kepada umum. Merujuk kepada Model Penyebab Tekanan-Emosi, gangguan siber adalah penyebab kepada tekanan yang mampu mencetus emosi negatif dan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roshayati Abdul Hamid,, Ida Rosnita Ismail,, Md Daud Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19550/1/53758-187534-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19550/
https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1530
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gangguan siber merupakan satu bentuk pencerobohan secara psikologi bertujuan untuk mengaibkan mangsa melalui media sosial dengan cara menyebarluas maklumat kepada umum. Merujuk kepada Model Penyebab Tekanan-Emosi, gangguan siber adalah penyebab kepada tekanan yang mampu mencetus emosi negatif dan membentuk tingkah laku negatif. Kesan dari emosi negatif di tempat kerja boleh berlarutan sehingga ke rumah dan menyebabkan konflik kerja-keluarga. Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan gangguan siber di tempat kerja ke atas emosi negatif dan konflik kerja-keluarga. Seterusnya, kajian juga menguji sama ada kawalan emosi mampu untuk mengurangkan kesan emosi negatif ke atas konflik kerja-keluarga. Data yang diperolehi daripada maklum balas responden melalui soal selidik dianalisis menggunakan PLS-SEM. Hasil kajian menunjukkan pekerja yang mempunyai keupayaan untuk mengawal emosi negatif dapat mengurangkan konflik kerja-keluarga akibat dari gangguan siber di tempat kerja. Kajian dapat memberi input kepada organisasi untuk memantapkan keupayaan kawalan emosi pekerja melalui motivasi dan latihan kerana gejala gangguan siber adalah sukar untuk dibendung sepenuhnya. Kajian ini juga dapat menyumbang secara teori kepada khazanah pengetahuan mengenai strategi mengatasi kesan gangguan siber ke atas emosi dan tingkah laku pekerja serta mengurangkan implikasi negatif kepada organisasi, keluarga dan masyarakat.