Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kraf kerja

Selari dengan tuntutan pemupukan kreativiti dalam pendidikan, Kraf Kerja dilihat sebagai penyelesaian yang wajar dikaji dalam konteks pedagogi bagi membantu guru-guru melakukan perubahan dalam penyampaian pengajaran mereka kepada pengajaran yang memupuk kreativiti. Kajian tinjauan ini menguji kesaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashimah Yusoff,, Mohd Isa Hamzah,, Shahlan Surat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19313/1/33781-114516-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19313/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1203
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selari dengan tuntutan pemupukan kreativiti dalam pendidikan, Kraf Kerja dilihat sebagai penyelesaian yang wajar dikaji dalam konteks pedagogi bagi membantu guru-guru melakukan perubahan dalam penyampaian pengajaran mereka kepada pengajaran yang memupuk kreativiti. Kajian tinjauan ini menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kraf Kerja berdasarkan model pengukuran Rasch. Instrumen telah ditadbirkan kepada 110 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Data dianalisis menggunakan perisian WINSTEPS. Kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen diuji dan disahkan melalui persetujuan empat orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen diuji menggunakan empat analisis pemeriksaan kefungsian item. Didapati kesemua item dalam instrumen ini telah melepasi tiga aspek pemeriksaan, iaitu: 1) kebolehpercayaan dan pengasingan item, 2) kekutuban item melalui nilai Korelasi Ukuran Titik Pusat (PTMEA CORR), dan 3) item bersandar berdasarkan korelasi residual terpiawai. Namun, bagi analisis keempat iaitu 4) kesesuaian item mengukur konstruk, terdapat dua item yang tidak melepasi nilai penerimaan dan telah digugurkan, menjadikan instrumen Kraf Kerja ini mempunyai 18 item sahaja yang boleh diterima. Selain menjamin kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, implikasi kajian ini juga menyumbangkan instrumen Kraf Kerja yang sesuai digunakan dalam konteks pendidikan di Malaysia untuk mewujudkan pengajaran yang memupuk kreativiti.