Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia

Jaringan sosial merupakan satu elemen bukan ekonomi yang berperanan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekonomi ekopelancongan dalam kalangan aktor sosial (pengusaha dan pemandu bot pelancongan) di kampung mereka di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. Secara khususnya, jaringan sosial itu b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Afiqah Norizan,, Chan, Geraldine Kim Ling
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19240/1/53651-176546-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19240/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.19240
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.192402022-08-04T08:19:56Z http://journalarticle.ukm.my/19240/ Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia Afiqah Norizan, Chan, Geraldine Kim Ling Jaringan sosial merupakan satu elemen bukan ekonomi yang berperanan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekonomi ekopelancongan dalam kalangan aktor sosial (pengusaha dan pemandu bot pelancongan) di kampung mereka di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. Secara khususnya, jaringan sosial itu bersifat terpendam atau embedded dalam tindakan ekonomi aktor sosial tersebut iaitu tindakan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan mereka khususnya pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Makalah ini membincangkan hasil dari satu kajian yang telah dilakukan oleh penulis makalah ini bagi memahami isu utama kajian iaitu tentang kesignifikanan peranan jaringan sosial dalam menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di sebuah komuniti perkampungan di Langkawi. Secara khususnya objektif utama kajian tersebut adalah menganalisis struktur jaringan sosial, asas pembentukan struktur jaringan sosial dan jenis-jenis jaringan sosial. Teori jaringan sosial iaitu homophily dan embeddedness diaplikasikan bagi menyokong argumen berkenaan dengan peranan jaringan sosial kepada aktiviti ekopelanocngan. Data dikumpul melalui pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Analisis jaringan sosial dilakukan melalui perisian komputer UCINET VI bagi menganalisis struktur dan pola jaringan sosial. Hasil kajian menunjukkan asas pembentukan struktur jaringan sosial adalah nilai dan norma sepunya dalam kalangan aktor sosial iaitu pemandu bot dan pengusaha bot yang terlibat dalam aktiviti ekopelancongan. Persamaan lain dalam kalangan aktor sosial itu adalah dari segi pertalian hubungan, matlamat, lokasi kediaman dan keanggotaan persatuan. Nilai dan norma sepunya itu dan persamaan yang lain itu membentuk struktur jaringan sosial yang dibentuk dari jenis-jenis jaringan sosial seperti jaringan persahabatan, jaringan kekeluargaan, jaringan kejiranan dan jaringan kerja. Tambahan pula, nilai dan norma sepunya dan jenis-jenis jaringan sosial itu menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan khususnya bagi aktiviti pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Kesimpulan kajian adalah jaringan sosial memang menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di komuniti perkampungan di Langkawi Geopark. Implikasi kajian pula menunjukkan sumbangan penting jaringan sosial kepada perkembangan aktiviti ekopelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi komuniti kampung di Langkawi sebagai sebuah geopark. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/19240/1/53651-176546-1-SM.pdf Afiqah Norizan, and Chan, Geraldine Kim Ling (2022) Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 169-190. ISSN 1823-884x https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Jaringan sosial merupakan satu elemen bukan ekonomi yang berperanan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekonomi ekopelancongan dalam kalangan aktor sosial (pengusaha dan pemandu bot pelancongan) di kampung mereka di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. Secara khususnya, jaringan sosial itu bersifat terpendam atau embedded dalam tindakan ekonomi aktor sosial tersebut iaitu tindakan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan mereka khususnya pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Makalah ini membincangkan hasil dari satu kajian yang telah dilakukan oleh penulis makalah ini bagi memahami isu utama kajian iaitu tentang kesignifikanan peranan jaringan sosial dalam menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di sebuah komuniti perkampungan di Langkawi. Secara khususnya objektif utama kajian tersebut adalah menganalisis struktur jaringan sosial, asas pembentukan struktur jaringan sosial dan jenis-jenis jaringan sosial. Teori jaringan sosial iaitu homophily dan embeddedness diaplikasikan bagi menyokong argumen berkenaan dengan peranan jaringan sosial kepada aktiviti ekopelanocngan. Data dikumpul melalui pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Analisis jaringan sosial dilakukan melalui perisian komputer UCINET VI bagi menganalisis struktur dan pola jaringan sosial. Hasil kajian menunjukkan asas pembentukan struktur jaringan sosial adalah nilai dan norma sepunya dalam kalangan aktor sosial iaitu pemandu bot dan pengusaha bot yang terlibat dalam aktiviti ekopelancongan. Persamaan lain dalam kalangan aktor sosial itu adalah dari segi pertalian hubungan, matlamat, lokasi kediaman dan keanggotaan persatuan. Nilai dan norma sepunya itu dan persamaan yang lain itu membentuk struktur jaringan sosial yang dibentuk dari jenis-jenis jaringan sosial seperti jaringan persahabatan, jaringan kekeluargaan, jaringan kejiranan dan jaringan kerja. Tambahan pula, nilai dan norma sepunya dan jenis-jenis jaringan sosial itu menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan khususnya bagi aktiviti pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Kesimpulan kajian adalah jaringan sosial memang menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di komuniti perkampungan di Langkawi Geopark. Implikasi kajian pula menunjukkan sumbangan penting jaringan sosial kepada perkembangan aktiviti ekopelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi komuniti kampung di Langkawi sebagai sebuah geopark.
format Article
author Afiqah Norizan,
Chan, Geraldine Kim Ling
spellingShingle Afiqah Norizan,
Chan, Geraldine Kim Ling
Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia
author_facet Afiqah Norizan,
Chan, Geraldine Kim Ling
author_sort Afiqah Norizan,
title Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia
title_short Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia
title_full Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia
title_fullStr Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia
title_full_unstemmed Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia
title_sort peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di kepulauan langkawi geopark, kedah malaysia
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2022
url http://journalarticle.ukm.my/19240/1/53651-176546-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19240/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459
_version_ 1740826829875314688
score 13.160551