Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia

Jaringan sosial merupakan satu elemen bukan ekonomi yang berperanan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekonomi ekopelancongan dalam kalangan aktor sosial (pengusaha dan pemandu bot pelancongan) di kampung mereka di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. Secara khususnya, jaringan sosial itu b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Afiqah Norizan,, Chan, Geraldine Kim Ling
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19240/1/53651-176546-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19240/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jaringan sosial merupakan satu elemen bukan ekonomi yang berperanan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekonomi ekopelancongan dalam kalangan aktor sosial (pengusaha dan pemandu bot pelancongan) di kampung mereka di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. Secara khususnya, jaringan sosial itu bersifat terpendam atau embedded dalam tindakan ekonomi aktor sosial tersebut iaitu tindakan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan mereka khususnya pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Makalah ini membincangkan hasil dari satu kajian yang telah dilakukan oleh penulis makalah ini bagi memahami isu utama kajian iaitu tentang kesignifikanan peranan jaringan sosial dalam menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di sebuah komuniti perkampungan di Langkawi. Secara khususnya objektif utama kajian tersebut adalah menganalisis struktur jaringan sosial, asas pembentukan struktur jaringan sosial dan jenis-jenis jaringan sosial. Teori jaringan sosial iaitu homophily dan embeddedness diaplikasikan bagi menyokong argumen berkenaan dengan peranan jaringan sosial kepada aktiviti ekopelanocngan. Data dikumpul melalui pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Analisis jaringan sosial dilakukan melalui perisian komputer UCINET VI bagi menganalisis struktur dan pola jaringan sosial. Hasil kajian menunjukkan asas pembentukan struktur jaringan sosial adalah nilai dan norma sepunya dalam kalangan aktor sosial iaitu pemandu bot dan pengusaha bot yang terlibat dalam aktiviti ekopelancongan. Persamaan lain dalam kalangan aktor sosial itu adalah dari segi pertalian hubungan, matlamat, lokasi kediaman dan keanggotaan persatuan. Nilai dan norma sepunya itu dan persamaan yang lain itu membentuk struktur jaringan sosial yang dibentuk dari jenis-jenis jaringan sosial seperti jaringan persahabatan, jaringan kekeluargaan, jaringan kejiranan dan jaringan kerja. Tambahan pula, nilai dan norma sepunya dan jenis-jenis jaringan sosial itu menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan khususnya bagi aktiviti pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Kesimpulan kajian adalah jaringan sosial memang menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di komuniti perkampungan di Langkawi Geopark. Implikasi kajian pula menunjukkan sumbangan penting jaringan sosial kepada perkembangan aktiviti ekopelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi komuniti kampung di Langkawi sebagai sebuah geopark.