Sumbangan ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas bermasalah pendengaran terhadap pencapaian Matematik

Pencapaian matematik Murid Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah pendengaran masih berada pada tahap rendah. Ciri-ciri murid merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah daripada ciri-ciri murid yang memberi sumbangan sig...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Liong, Kon Thai, Mohd Hanafi Mohd Yasin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19194/1/33591-109634-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19194/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencapaian matematik Murid Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah pendengaran masih berada pada tahap rendah. Ciri-ciri murid merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah daripada ciri-ciri murid yang memberi sumbangan signifikan terhadap pencapaian matematik MBK bermasalah pendengaran. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik dan ujian sumatif matematik. Jumlah responden kajian ini ialah 175 orang MBK bermasalah pendengaran yang terdiri daripada 92 orang lelaki dan 83 orang perempuan yang dipilih melalui pensampelan rawak dari 18 buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) program masalah pendengaran. Data telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan lima pemboleh ubah telah memberi sumbangan signifikan p = 0.000 (p < 0.05) sebanyak 55.1 peratus terhadap pencapaian matematik MBK bermasalah pendengaran iaitu motivasi kendiri (22.9%), pengalaman pembelajaran matematik (10.2%), penguasaan literasi (8.9%), penguasaan bahasa isyarat (7.3%) dan sikap terhadap matematik (5.7%). Justeru, ibu bapa dan guru perlu berkolaborasi serta mempunyai komitmen tinggi untuk mendorong MBK bermasalah pendengaran meningkatkan kecemerlangan pencapaian matematik daripada segi peningkatan motivasi kendiri, pengalaman pembelajaran matematik, penguasaan literasi, penguasaan bahasa isyarat dan sikap terhadap matematik.