Kesan teknik tazkiyatun an-nafs untuk menangani kemurungan pelajar universiti

Isu kemurungan dalam kalangan pelajar universiti merupakan suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah. Samada ianya berpunca daripada kawalan kendiri pelajar itu sendiri ataupun kesukaran menangani cabaran dan tugasan bagi kursus yang dihadapi, ianya memerlukan intervensi yang tepat agar pelajar i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Dayana Dalila Al Helmi Affendi,, Nurul Fazzuan Khalid,, Siti Mastura Baharudin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19038/1/52722-173446-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19038/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1449
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu kemurungan dalam kalangan pelajar universiti merupakan suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah. Samada ianya berpunca daripada kawalan kendiri pelajar itu sendiri ataupun kesukaran menangani cabaran dan tugasan bagi kursus yang dihadapi, ianya memerlukan intervensi yang tepat agar pelajar ini dapat menamatkan pengajian seterusnya menyelamatkan bakal tenaga kerja negara masa hadapan. Justeru, kajian reka bentuk gabungan ini dijalankan untuk mengukur kesan teknik tazkiyatun an-nafs untuk menangani kemurungan pelajar universiti berdasarkan kepada tiga tujuan utama berikut. Pertama, mengukur tahap kemurungan pelajar universiti. Kedua, mengenal pasti simptom kemurungan yang dinilai melalui verbatim sesi kaunseling dan pemerhatian Mental Status Examination (MSE) sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Ketiga, mengukur kesan penggunaan teknik Tazkiyatun an- Nafs terhadap tahap kemurungan pelajar universiti. Kajian ini menggunakan pendekatan subjek kes tunggal yang dipilih berdasarkan persampelan rawak bertujuan. Pendekatan ini merupakan kaedah sistematik yang memfokuskan kepada seorang sampel sahaja bagi membolehkan proses analisa mendalam dibuat terhadap keberkesanan intervensi yang digunakan. Sebarang perubahan pada diri sampel sepanjang intervensi dapat diperhatikan dan dicatakan secara konsisten sepanjang proses intervensi dijalankan. Responden dalam kajian ini merupakan seorang pelajar universiti awam tempatan di peringkat pengajian ijazah sarjana. Data kuantitatif kemurungan bagi ujian pra dan ujian pos telah dikumpulkan menggunakan Soal selidik Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21). Data kualitatif bagi mengenalpasti simptom kemurungan dikumpulkan melalui melalui verbatim sesi kaunseling dan pemerhatian Mental Status Examination (MSE) sepanjang sesi kaunseling dijalankan manakala data kuantitaif dikumpulkan berdasarkan skor Percentage Non-Overlapping Data (PND) Hasil kajian menunjukkan; pertama, tahap kemurungan subjek telah menurun selepas mengikuti intervensi yang dijalankan. Kedua, simptom kemurungan subjek kajian dapat dikenalpasti dan dikelaskan kepada beberapa tema iaitu fisiologi, kognitif, emosi dan tingkah laku berdasarkan analisa verbatim sepanjang rawatan dijalankan. Ketiga, teknik Tazkiyatun an-Nafs didapati berkesan merawat isu kemurungan pelajar universiti. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan penggunaan intervensi Tazkiyatun an-Nafs berkesan dalam membantu pelajar universiti yang kemurungan sekaligus membantu pelajar ini kembali fokus kepada pengajian.