Cabaran kelestarian pelaksanaan piawaian MS 1900 (Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Syariah) di sebuah Kolej Komuniti Malaysia

Negara Malaysia telah menjadi barisan hadapan untuk berjaya mewujudkan satu standard atau piawaian bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang patuh kepada Syariah telah diaplikasikan pada tahun 2005 buat pertama kalinya. Ia adalah satu piawaian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti mengi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasan Al-Banna Mohamed,, Siti Arni Basir,, Noor Azmi Mohd Zainol,, Mohd Hamran Mohamad,, Norashikin Sahol Hamid,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17942/1/460-Article%20Text-1629-1-10-20211230.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17942/
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/29
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Negara Malaysia telah menjadi barisan hadapan untuk berjaya mewujudkan satu standard atau piawaian bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang patuh kepada Syariah telah diaplikasikan pada tahun 2005 buat pertama kalinya. Ia adalah satu piawaian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti mengikut perspektif Islam (MS1900: 2005) dan kemudiannya dipinda pada tahun 2014 kepada piawaian baharu dengan nama Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syariah (MS1900). Kajian kes ini bertujuan mengkaji cabaran-cabaran bagi kelestarian pelaksanaan sistem MS1900 ini khususnya di sebuah Kolej Komuniti di Perak, Malaysia. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu mengenal pasti cabaran dari sudut sikap pekerja, bebanan kerja dan yang terakhir adalah dari sudut latihan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data kajian dikumpul dengan kaedah pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Responden kajian dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan (purposive sampling) yang terdiri daripada individu yang aktif dalam pelaksanaan MS1900 di Kolej Komuniti. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo. Hasil kajian mendapati bahawa tiga cabaran utama harus dilalui oleh institusi berkenaan semasa melaksanakan piawaian MS 1900 iaitu bermula dengan aspek yang berkaitan dengan sikap pekerja sendiri, bebanan kerja yang berat, dan kekurangan latihan berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Kajian ini diharapkan dapat menyuntik sumbangan yang signifikan dalam pembangunan ilmu pengetahuan dan teori pengurusan kualiti Islam dengan lebih mendalam.