Pengaruh budaya Iban terhadap gaya pembelajaran murid Iban

Kecemerlangan seseorang murid seringkali dikaitkan dengan pelbagai faktor. Gaya pembelajaran yang dipilih oleh seseorang murid akan dapat menentukan tahap pencapaian akademik mereka .Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada budaya Iban mempunyai pengaruh te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maria Anak Ahoi,, Nurfaradilla Mohamad Nasri,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17843/1/Artikel-1_Maria-Anak-Ahoi_FPEND.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17843/
http://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-24-number-1-june-2021/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kecemerlangan seseorang murid seringkali dikaitkan dengan pelbagai faktor. Gaya pembelajaran yang dipilih oleh seseorang murid akan dapat menentukan tahap pencapaian akademik mereka .Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada budaya Iban mempunyai pengaruh terhadap gaya pembelajaran murid Iban. Kajian tinjauan dijalankan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 151 orang murid berbangsa Iban dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 di sebuah sekola h menengah di Bahagian Serian, Sarawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set borang soal selidik yang mempunyai 27 item yang merangkumi demografi pelajar,dan faktor Budaya Iban iaitu Budaya Ngayau dan Budaya Beduruk. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 23 digunakan untuk menentukan hasil dapatan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh Budaya Ngayau min keseluruhan ialah 3.99. Manakala pengaruh budaya Beduruk pula min keseluruhan ialah 4.32 .Kedua-dua budaya ini menunjukkan min keseluruhan yang tinggi. Dapat disimpulkan Budaya Iban memberikan impak yang signifikan terhadap gaya pembelajaran murid Iban.