Kandungan visual pembelajaran analitik data bagi menyokong pembelajaran bermakna
Tenaga pengajar bagi kursus analitik data berhadapan dengan cabaran mempersiap pelajar dengan kepelbagaian penggunaan data yang memerlukan pemahaman konsep dan perkaitan antara konsep yang lebih mendalam dalam kurikulum. Masalah pembelajaran analitik data membabitkan pelajar yang jarang mempunyai pe...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17687/1/44100-166721-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17687/ https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1412 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tenaga pengajar bagi kursus analitik data berhadapan dengan cabaran mempersiap pelajar dengan kepelbagaian penggunaan data yang memerlukan pemahaman konsep dan perkaitan antara konsep yang lebih mendalam dalam kurikulum. Masalah pembelajaran analitik data membabitkan pelajar yang jarang mempunyai peluang untuk mengembangkan pemahaman secara mendalam tentang apa yang mereka pelajari dan pelajar cepat lupa setelah mereka menamatkan kursus. Pendekatan pembelajaran bermakna tidak tercapai selagi mana pelajar tidak menunjukkan komitmen bagi mengaitkan pengetahuan baharu kepada pembelajaran terdahulu. Pembelajaran bermakna tidak terlaksana dengan jayanya dalam pembelajaran analitik data tanpa melibatkan teknik pembelajaran bertepatan seperti visualisasi. Visualisasi data mampu mempersembah konsep dengan berkesan melalui ilustrasi dan grafik yang berasaskan pembelajaran sebenar dan autentik. Objektif kertas ini adalah untuk memperincikan kandungan visual dalam modul pembelajaran Analitik Data Visual (ADaVis) bagi pembelajaran analitik data pelajar institusi pengajian tinggi dan menguji keboleh gunaanmodul. Kajian ini adalah berasaskan kepada kajian reka bentuk sistem instruksional dan model reka bentuk sistem instruksional ADDIE. Modul pembelajaran ADaVis bertujuan membantu pelajar meningkatkan pemahaman konseptual analitik data dengan menyimpan konsep dipelajari dalam struktur kognitif yang kemas. |
---|