Persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan iklim sekolah

Gaya kepimpinan merupakan salah satu aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap guru besar, di mana ia dapat mempengaruhi suasana atau iklim bagi warga sekolah. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap gaya kepimpinan yang dominan diamalkan oleh guru besar dan hubung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fatin Rabia’tul Adawiyah Mohammed Fareed,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17348/1/39047-158268-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17348/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1400
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya kepimpinan merupakan salah satu aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap guru besar, di mana ia dapat mempengaruhi suasana atau iklim bagi warga sekolah. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap gaya kepimpinan yang dominan diamalkan oleh guru besar dan hubungannya dengan iklim sekolah di sekolah-sekolah agama gunasama di Brunei. Soal selidik digunakan dalam mengumpulkan data, dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Seramai 108 orang guru agama daripada sepuluh buah sekolah agama gunasama di Daerah Brunei dan Muara terlibat sebagai sampel. Hasil kajian mendapati bahawa gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh guru-guru besar ialah gaya kepimpinan demokratik, diikuti dengan gaya kepimpinan autokratik dan laissez-faire. Manakala ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa hanya gaya kepimpinan demokratik yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan iklim sekolah. Implikasinya, menurut persepsi guru-guru agama, guru-guru besar di sekolah agama gunasama hendaklah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dan mengurangkan penggunaan gaya kepimpinan autokratik dan laissez-faire dalam rangka mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan positif.