Meneroka pengaruh komunikasi kepemimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pengajian tinggi swasta Malaysia
Penyelidikan ini meneroka pengaruh komunikasi kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kecenderungan untuk berhenti kerja dalam kalangan ahli akademik di Malaysia semakin meningkat dan komunikasi kepemimpinan dikenal pasti s...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16974/1/43918-159628-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16974/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1401 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini meneroka pengaruh komunikasi kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan
kakitangan di institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kecenderungan untuk berhenti kerja dalam
kalangan ahli akademik di Malaysia semakin meningkat dan komunikasi kepemimpinan dikenal pasti
sebagai salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan kerja di tempat kerja. Komunikasi
kepemimpinan berkesan dapat meningkatkan kepercayaan dan pemahaman antara pemimpin dengan
pengikut yang dapat memberi inspirasi kepada pengikut supaya sentiasa berusaha untuk mencapai
matlamat organisasi. Teori kepemimpinan transformasional membincangkan bahawa seorang pemimpin
yang memiliki kemahiran komunikasi kepemimpinan berkesan dapat menyumbang kepada pembentukan
budaya kerja atau persekitaran positif di dalam sebuah organisasi yang dapat memotivasi anggota
organisasi untuk maju dalam kerjaya mereka. Metodologi kualitatif digunakan untuk mengumpul data,
khususnya pandangan daripada ahli akademik mengenai pengaruh komunikasi kepemimpinan terhadap
kepuasan kerja. Data dikumpul melalui kaedah temu bual bersama dengan 22 informan. Berdasarkan hasil
analisis tematik, tiga tema dibentuk iaitu; amalan komunikasi kepemimpinan, harapan ahli akademik
terhadap komunikasi kepemimpinan, dan maklum balas anggota staf terhadap komunikasi
kepemimpinan. Dapatan kajian ini menyumbang kepada dimensi baru komunikasi kepemimpinan dalam
konteks pelbagai budaya, khususnya dalam konteks pendidikan tinggi di Malaysia. Penyelidikan ini
mendapati bahawa komunikasi kepemimpinan mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan staf
akademik. Komunikasi kepimpinan jelas menyumbangkan kepada persekitaran kerja positif dalam
organisasi. Beberapa cadangan berasaskan perspektif teoritikal dan praktikal turut dikemukakan dalam
membina persekitaran komunikasi kepemimpinan yang kondusif di institusi pendidikan tinggi swasta. |
---|