Penghasilan asid laktik D daripada hidrolisat sabut kelapa tua dan muda

Penghasilan asid laktik D semakin mendapat perhatian kerana sifat polimernya, poli asid laktik D, yang termostabil. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan asid laktik D daripada sisa pertanian yang tidak bernilai tinggi seperti sabut kelapa tua (SKT) dan sabut kelapa muda (SKM) melalui teknologi f...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Nadhirah Muhamad Nor,, Teo, Pui Leng, Nur Akmal Solehah Din,, Nurul Aqilah Mohd Zaini,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16499/1/12.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16499/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil2_2021/KandunganJilid50Bil2_2021.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penghasilan asid laktik D semakin mendapat perhatian kerana sifat polimernya, poli asid laktik D, yang termostabil. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan asid laktik D daripada sisa pertanian yang tidak bernilai tinggi seperti sabut kelapa tua (SKT) dan sabut kelapa muda (SKM) melalui teknologi fermentasi. Peringkat pertama kajian, SKT dan SKM dikenakan pra-rawatan beralkali menggunakan 5% larutan natrium hidroksida pada suhu 121 °C selama 15 minit untuk menyingkirkan komponen lignin dan hemiselulosa. Kemudian, dua kaedah hidrolisis dikaji, iaitu hidrolisis berenzim dengan menggunakan enzim Acellerase 1500 (1, 5 dan 10%, i/i) dan hidrolisis berasid dengan menggunakan asid sulfurik (1, 3 dan 5%, i/i). Keputusan menunjukkan hidrolisis berenzim dengan kepekatan 10% enzim Accellerase 1500 (11.09 mg/mL) lebih cekap menukarkan selulosa kepada gula penurun berbanding hidrolisis berasid (0.87 mg/mL) dalam hidrolisat SKT. Manakala, bagi hidrolisat SKM, 5% enzim Accellerase menghasilkan kepekatan gula penurun yang lebih tinggi berbanding hidrolisis berasid dengan 15.00 dan 1.02 mg/mL. Kadar penukaran gula penurun yang maksimum didapati daripada hidrolisis berenzim SKT dan SKM dengan 55% dan 60%. Pada peringkat kedua, hidrolisat yang mengandungi gula penurun yang tinggi digunakan sebagai sumber karbon untuk penghasilan asid laktik D oleh Lactobacillus coryniformis subsp. torquen melalui proses fermentasi (48 jam, 37 ºC, 150 rpm). Pada akhir proses fermentasi, sebanyak 4.93 g/L penghasilan asid laktik D direkodkan dalam kaldu hidrolisat SKT dan 3.98 g/L asid laktik D terhasil dalam kaldu hidrolisat SKM dengan pH kaldu fermentasi tidak dikawal. Kesimpulannya, selulosa dalam kedua-dua sampel SKT dan SKM boleh diuraikan kepada gula penurun melalui hidrolisis berenzim dan seterusnya berpotensi untuk digunakan sebagai substrat bagi menghasilkan asid laktik D melalui proses fermentasi.