Hubungan faktor psikososial pekerjaan terhadap penglibatan kerja dalam kalangan penjawat awam

Pekerja yang mempunyai penglibatan kerja melihat diri mereka sebagai mampu berdepan dengan tuntutan pekerjaan yang pelbagai. Mereka mempunyai emosi positif yang dapat membantu mereka mencari idea baru, menangani beban kerja yang tinggi dan tekanan yang seterusnya boleh menghasilkan prestasi kerj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sarah Mahfuz,, Wan Shahrazad Wan Sulaiman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16458/1/31125-132352-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16458/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pekerja yang mempunyai penglibatan kerja melihat diri mereka sebagai mampu berdepan dengan tuntutan pekerjaan yang pelbagai. Mereka mempunyai emosi positif yang dapat membantu mereka mencari idea baru, menangani beban kerja yang tinggi dan tekanan yang seterusnya boleh menghasilkan prestasi kerja yang tinggi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara faktor pekerjaan iaitu kawalan pekerjaan, tuntutan pekerjaan, sokongan sosial dan ketidakjaminan pekerjaan dengan penglibatan kerja. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian rentas dengan melibatkan sampel kajian seramai 663 orang penjawat awam dari enam kementerian di Putrajaya. Alat kajian yang digunakan ialah Job Content Questionnaire (JCQ) untuk mengukur kawalan pekerjaan, tuntutan pekerjaan dan sokongan sosial, Job Insecurity Scale (JIS) untuk mengukur ketidakjaminan pekerjaan dan The Utrecht Work Engagement Scale (UWES) untuk mengukur penglibatan kerja. Keputusan kajian mendapati terdapat hubungan signifikan antara kawalan pekerjaan, sokongan sosial dan ketidakjaminan pekerjaan dengan penglibatan kerja tetapi tiada hubungan antara tuntutan pekerjaan dan penglibatan kerja diperolehi. Kawalan pekerjaan, sokongan sosial dan ketidakjaminan pekerjaan juga merupakan peramal yang signifikan yang menyumbang sebanyak 19% varians terhadap penglibatan kerja. Dapatan ini memberi implikasi bahawa penjawat awam yang mempunyai kawalan pekerjaan, sokongan sosial dan jaminan pekerjaan lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat organisasi kerana mereka akan sentiasa bersemangat, berdedikasi dan khusyuk dalam meraih matlamat tersebut. Ciri-ciri ini menjadikan penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dengan cekap dan berkesan. Kajian ini diharap dapat memberi pencerahan tentang hubungan antara faktor pekerjaan dan penglibatan dalam konteks perkhidmatan awam di Malaysia.