Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kualiti kehidupan kerja guru

Kualiti kehidupan kerja dapat meningkatkan produktiviti, prestasi dan kesetiaan pekerja terhadap organisasi. Dalam konteks pendidikan, instrumen untuk mengukur kualiti kehidupan kerja guru yang bersesuaian dengan norma pendidikan di Malaysia amat diperlukan. Kajian tinjauan ini bertujuan menguji kes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Lay Koon, Hazri Jamil,, Nordin Abdul Razak,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16316/1/41355-143508-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16316/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1348
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti kehidupan kerja dapat meningkatkan produktiviti, prestasi dan kesetiaan pekerja terhadap organisasi. Dalam konteks pendidikan, instrumen untuk mengukur kualiti kehidupan kerja guru yang bersesuaian dengan norma pendidikan di Malaysia amat diperlukan. Kajian tinjauan ini bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru (KKKG). Soal selidik telah diedarkan kepada 150 guru yang dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis faktor penerokaan. Pengekstrakan dan putaran Varimax menghasilkan lima komponen dengan nilai varians kumulatif 67.99 peratus. Daripada 22 item, 2 item yang mempunyai faktor muatan kurang daripada 0.36 telah digugurkan. Instrumen akhir mengandungi 20 item yang mempunyai kesahan konstruk yang baik. Lima konstruk dengan faktor muatan antara 0.42-0.91 telah dibentuk, iaitu: i) keperluan keselamatan fizikal, ii) keperluan keselamatan psikologi, iii) keperluan sosial, iv) keperluan penghormatan kendiri, dan v) keperluan perkembangan kendiri. Analisis kebolehpercayaan mendapati nilai pekali Cronbach’s Alpha untuk kelima-lima konstruk KKKG adalah di antara 0.63 hingga 0.83. Kajian ini menyumbangkan sebuah instrumen yang mempunyai ciri-ciri psikometrik yang baik dan sesuai dengan konteks pendidikan di Malaysia. Instrumen ini boleh digunakan oleh pentadbir pendidikan untuk mengenal pasti tahap KKKG dan seterusnya menganjurkan program yang bersesuaian untuk meningkatkan kualiti kehidupan kerja guru-guru.