Amalan Service-Learning berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan dalam Islam

Islam menekankan penghasilan insan beriman, mempunyai jati diri unggul dan berusaha membangunkan agama dan negara. Islam mengangkat usaha khidmat kepada masyarakat sebagai ibadah. Malah, Islam adalah agama rahmat dan dakwah ke arah kebaikan dan perubahan positif dalam masyarakat. Artikel ini bertu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norain Azlan,, Najah Nadiah Amran,, Hamdi Ishak,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16208/1/44605-143597-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16208/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Islam menekankan penghasilan insan beriman, mempunyai jati diri unggul dan berusaha membangunkan agama dan negara. Islam mengangkat usaha khidmat kepada masyarakat sebagai ibadah. Malah, Islam adalah agama rahmat dan dakwah ke arah kebaikan dan perubahan positif dalam masyarakat. Artikel ini bertujuan menjelaskan peranan pembelajaran berasaskan khidmat bersama masyarakat (Service-Learning) dari perspektif falsafah dan matlamat pendidikan dalam Islam. Falsafah dan matlamat pendidikan dalam Islam menekankan keperluan kepada pengalaman pembelajaran secara teori dan praktikal dengan hasrat melahirkan insan bermanfaat. Service-Learning (S-L) menawarkan pengalaman pembelajaran yang bermakna secara teori dan praktikal melalui berkhidmat untuk masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur secara sistematik (systematic review) dengan mengumpulkan kajiankajian amalan S-L di beberapa negara bermula dari tahun 1995 hingga 2019. Kajian mendapati Islam memberikan penekanan terhadap pembelajaran berasaskan khidmat kepada masyarakat. Malah ia menjadi sebahagian tujuan ke arah pengabdian dan islah dalam masyarakat. Selain itu juga, terdapat impak positif daripada S-L dari perspektif Islam. Secara khususnya S-L membentuk keperibadian Muslim, menerapkan kesedaran dan nilai tanggungjawab sosial dan impak keagamaan menerusi dakwah. Oleh itu S-L dicadangkan agar lebih diperkasakan perlaksanaannya dalam kursus dan program pengajian Islam.