Memacu pendidikan di era Revolusi Industri 4.0: penerapan nilai-nilai Islam dan inovasi dalam pengajaran di institusi pengajian tinggi
Pendidikan tinggi negara menghadapi perubahan seiring dengan proses transformasi Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara 2020 iaitu untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran, berdaya saing dan mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam alam kerjaya nanti. Perubahan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15866/1/40592-129583-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/15866/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan tinggi negara menghadapi perubahan seiring dengan proses transformasi Pelan Strategik Pembangunan
Pendidikan Tinggi Negara 2020 iaitu untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran, berdaya saing
dan mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam alam kerjaya nanti. Perubahan sikap dalam diri pelajar untuk
menerima inovasi pengajaran dan pengukuhan nilai-nilai Islam akan dapat membantu melahirkan golongan pelajar
yang cemerlang akademik dan terpelihara saksiah dirinya. Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana penerimaan
para pensyarah dan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi terhadap Revolusi Industri 4.0 dan bagaimana nilai-nilai
Islam dimasukkan dalam konteks pengajaran agar ia selari dengan ajaran Islam dalam mengejar arus pembangunan
teknologi. Dalam konteks penerimaan pelajar terhadap transformasi pendidikan tinggi, impak inovasi dalam
pengajaran terhadap motivasi diri pelajar turut dilihat dalam kajian. Data diperolehi melalui kajian lapangan dengan
menggunakan kaedah temu bual. Kaedah penyelidikan adalah kaedah kualitatif dan data dianalisis secara deskriptif.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah dan pelajar bersedia menghadapi perubahan teknologi
kerana mereka sentiasa mengikuti perubahan teknologi terkini. Data turut menunjukkan sikap pelajar berubah kepada
nilai-nilai yang positif disebabkan penggunaan teknologi. Aplikasi teknologi dan penerangan tentang nilai-nilai murni
tidak diabaikan kerana wujud kesedaran dalam kalangan pensyarah tentang peri pentingnya pelajar yang mempunyai
akhlak yang terpuji disamping menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0. |
---|