Pembentukan model faktor bahan dan peralatan sebagai penyebab kemalangan dalam industri pembinaan Mass Rapid Transit

Kadar kemalangan pekerjaan di industri pembinaan adalah di antara yang tertinggi berbanding sektor perindustrian yang lain. Faktor bahan dan peralatan merupakan antara penyumbang kepada kemalangan pekerjaan di tapak pembinaan berbanding dengan faktorfaktor lain. Kajian ini dijalankan bagi mencadan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Lui Juhari,, Kadir Arifin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15820/1/33467-127906-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15820/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kadar kemalangan pekerjaan di industri pembinaan adalah di antara yang tertinggi berbanding sektor perindustrian yang lain. Faktor bahan dan peralatan merupakan antara penyumbang kepada kemalangan pekerjaan di tapak pembinaan berbanding dengan faktorfaktor lain. Kajian ini dijalankan bagi mencadangkan penilaian model faktor bahan dan peralatan dalam menyumbang kepada kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan Mass Rapid Transit di Malaysia (MRT) di Malaysia dengan menggunakan analisis faktor pengesahan (CFA). Kajian kuantitatif ini dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak untuk mendapatkan data bagi projek pembinaan MRT di sekitar Lembah Kelang. Sebanyak 180 maklumbalas responden telah diterima merangkumi kumpulan pengurusan/profesional dan kumpulan pekerja pembinaan. Kemudian, analisis CFA dijalankan menggunakan perisian IBM SPSS-AMOS bagi mengesahkan model cadangan dengan memeriksa perhubungan di antara pemboleh ubah yang diperhatikan dan pemboleh ubah pendam. Pemboleh ubah pendam adalah faktor bahan dan peralatan; aspek kesesuaian bahan dan peralatan "sesuai"; keadaan bahan dan peralatan "keadaan"; rekabentuk perlindungan keselamatan "rekabentuk"; dan pengetahuan mengenai bahan dan peralatan yang digunakan "pengetahuan". Manakala pemboleh ubah yang diperhatikan merupakan 19 item bagi keempat-empat aspek di bawah faktor bahan dan peralatan. Keputusan CFA mengesahkan bahawa faktor bahan dan peralatan dalam menyumbang kepada kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan MRT adalah terdiri daripada keempat-empat aspek yang dikaji iaitu "pengetahuan", "rekabentuk", "keadaan", and "sesuai". Hasil dapatan kajian ini perlu diberi perhatian oleh semua pemegang taruh dengan mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian dalam usaha untuk mencegah kemalangan pekerjaan di industri pembinaan MRT pada masa akan datang.