Keutamaan amalan tadabbur al-Quran terhadap pelajar tahfiz

Tadabbur al-Quran adalah proses interaksi terhadap al-Quran yang bersifat universal. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya tadabbur disertakan ketika membaca al-Quran lebih-lebih lagi kepada golongan penghafal al-Quran. Namun, realiti menemukan bahawa pelajar tahfiz sendiri tidak menu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maisarah Thulhuda Mat Jafri,, Mohd Faizulamri Mohd Saad,, Sabri Mohamad,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15751/1/74-153-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15751/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/8
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tadabbur al-Quran adalah proses interaksi terhadap al-Quran yang bersifat universal. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya tadabbur disertakan ketika membaca al-Quran lebih-lebih lagi kepada golongan penghafal al-Quran. Namun, realiti menemukan bahawa pelajar tahfiz sendiri tidak menunjukkan usaha dalam mencari makna ayat, sebaliknya hanya menumpukan terhadap hafazan. Situasi ini menunjukkan bahawa proses tadabbur tidak berlaku sedangkan tadabbur al-Quran merupakan syarat utama untuk mencapai objektif al-Quran diturunkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keutamaan amalan tadabbur alQuran dalam kalangan pelajar tahfiz. Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk analisis dokumen secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan tadabbur dengan hafazan al-Quran khususnya dalam bab kefahaman makna ayat. Secara keseluruhannya, tadabbur al-Quran mampu memberikan impak yang positif kepada pelajar tahfiz daripada sudut pemahaman, penghayatan serta pengamalan terhadap ayat-ayat al-Quran. Justeru, kajian ini perlu ditinjau dengan lebih dalam supaya dapat melihat sejauh mana tadabbur al-Quran menjadi keutamaan terhadap pelajar tahfiz di Malaysia.