Persekitaran ekosistem dalam novel kanak-kanak terpilih
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis persekitaran kanak-kanak dari sudut ekosistem dalam novel kanak-kanak yang terpilih. Novel-novel kajian, ialah Memori Atikah (2002), Azrul Wira Anak Laut (2006), Umairah dan Kuda Putih (2008), Suteki De Ne Aleena (2013) dan Rahsia Dhia (2014). Persekitaran...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15019/1/27355-106515-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15019/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini bertujuan untuk menganalisis persekitaran kanak-kanak dari sudut ekosistem dalam novel
kanak-kanak yang terpilih. Novel-novel kajian, ialah Memori Atikah (2002), Azrul Wira Anak Laut (2006),
Umairah dan Kuda Putih (2008), Suteki De Ne Aleena (2013) dan Rahsia Dhia (2014). Persekitaran yang
melingkungi kehidupan kanak-kanak terdiri daripada sistem dan peraturan yang digubal oleh manusia
dan organisasi tertentu dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan persekitaran yang
melingkungi kanak-kanak dalam novel, didapati persekitaran ekosistem memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi perkembangan psikologi kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini menganalisis persekitaran ekosistem
yang melingkungi kehidupan kanak-kanak dalam mempengaruhi perkembangan psikologi dan akademik
kanak-kanak. Masalah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa dan persekitaran ekosistem turut
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kanak-kanak. Oleh yang demikian, persekitaran ekosistem
perlu dititikberatkan dalam novel kanak-kanak supaya memberi panduan kepada ibu bapa khususnya, dan
masyarakat amnya terhadap pengaruh ekosistem dalam pembentukan psikologi dan akademik kanak-kanak.
Kajian ini mengaplikasikan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), iaitu ekosistem
bagi menganalisis teks pilihan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini kaedah analisis kandungan teks
dan kaedah kepustakaan. Dapatan analisis memperlihatkan bahawa persekitaran ekosistem yang terdiri
daripada pekerjaan ibu bapa dan sistem pendidikan mempengaruhi perkembangan psikologi dan akademik
kanak-kanak. Jelaslah, berdasarkan analisis yang dilakukan memperlihatkan bahawa persekitaran ekosistem
menekankan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak dalam membuat keputusan, namun akibat
daripada keputusan dan tindakan akan memberi kesan terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak.
Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa keperluan persekitaran ekosistem perlu diberi perhatian
dalam melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi psikologi dan akademik. |
---|