Dimensi ilustrasi visual dalam manuskrip Pelaga Lembu alam Melayu

Ilustrasi visual daripada berbagai kumpulan imajan telah lama wujud dalam naskhah manuskrip alam Melayu, khususnya dalam genre adat dan budaya. Buktinya adalah merujuk kepada temuan unsur-unsur visual dalam manuskrip Pelaga Lembu (MS1649) dari Kelantan-Patani, yang ditulis sekitar tahun 1860-an-19...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Anuar Shaari,, Ab. Razak Ab. Karim,, Mohammad Nazzri Ahmad,, Nor Azlin Hamidon,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13511/1/jatma-2019-0702-08.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13511/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ilustrasi visual daripada berbagai kumpulan imajan telah lama wujud dalam naskhah manuskrip alam Melayu, khususnya dalam genre adat dan budaya. Buktinya adalah merujuk kepada temuan unsur-unsur visual dalam manuskrip Pelaga Lembu (MS1649) dari Kelantan-Patani, yang ditulis sekitar tahun 1860-an-1920-an. Manuskrip ini bersifat tunggal dan mempamerkan ciri-ciri autentik dalam konteks budaya kesenian visual. Dimensi ilustrasi visual merangkumi imajan makhluk ghaib seperti jin, pelbagai jenis simbolik wafak, diagram, kaligram, jadual, haiwan, Huruffuyyun, Yantra-Sak Yant, reka bentuk binaan, figura manusia dan pelbagai jenis tanda bab atau ayah. Keseluruhan unsur ilustrasi bukan berperanan sebagai hiasan tetapi berfungsi secara simbolik tentang adat dan tatacara pengurusan lembu pelaga sebelum, ketika dan selepas temasya perlagaan lembu. Manuskrip merupakan manual untuk pawang atau bomoh yang dianggap ‘orang pandai’ bertanggungjawab menentukan hari tarikh, bulan bersesuaian bagi mengadakan temasya. Pemikiran visual secara simbolik dan metaforik menjadi dasar utama alam kesenian Melayu dilihat melalui pendekatan komunikasi menggunakan kandungan semiotologi seperti ikon, indeks dan simbol. Setiap ilustrasi visual dihasilkan mempunyai ‘isi’ yang berfungsi secara grafik, optikal, persepsi, imajan mental dan verbal sama ada secara sedar atau tidak sedar telah diaplikasikan untuk tujuan hiburan kepada masyarakat.