Analisis pola penyertaan digital ICT dan transformasi keusahawanan

Internet adalah medium yang berpotensi dalam perkongsian maklumat yang pantas dan membawa perubahan baharu dalam kehidupan masyarakat. Kewujudan Internet kini telah mendorong kepada penyertaan digital dalam pelbagai aspek termasuk keusahawanan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau bagaimana pola pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Faradillah Iqmar Omar,, Samsudin A. Rahim,, Husna Ahmad Dimyati,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13206/1/25073-104696-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13206/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1200
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Internet adalah medium yang berpotensi dalam perkongsian maklumat yang pantas dan membawa perubahan baharu dalam kehidupan masyarakat. Kewujudan Internet kini telah mendorong kepada penyertaan digital dalam pelbagai aspek termasuk keusahawanan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau bagaimana pola penyertaan digital melalui pelbagai aplikasi dalam talian serta bentuk transformasi perniagaan yang berlaku dalam kalangan usahawan. Antara objektif kajian ini adalah untuk melihat pola penyertaan digital dan bentuk transformasi keusahawanan. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dan data kajian dikumpul melalui tinjauan dengan soal selidik terhadap 402 responden usahawan wanita berumur 18 hingga 50 tahun yang menjalankan perniagaan secara dalam talian. Dua kaedah tinjauan yang telah dijalankan iaitu secara bersemuka (di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam dan Bangi) dan secara dalam talian (e-mel dan Facebook). Hasil kajian menunjukkan majoriti usahawan wanita memperoleh manfaat dengan menjadikan internet sebagai sumber mendapatkan maklumat berkaitan produk terkini di pasaran. Selain itu, majoriti responden juga mengiklankan produk mereka di Internet sebagai salah satu cara komunikasi yang berterusan dengan pelanggan. Dari aspek transformasi pula, majoriti responden mendapati tahap perhubungan dengan pelanggan mereka adalah semakin maju. Ini menggambarkan bahawa perubahan positif berlaku dalam perniagaan mereka. Justeru, daripada dapatan kajian dilihat bahawa penyertaan digital ini adalah penting bagi usahawan dalam memajukan lagi perniagaan mereka.