Wacana tekstual dalam iklan selebriti

Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap iklan yang menampilkan selebriti sebagai endorser produk yang ingin dipromosikan. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi objektif kajian, iaitu mengenal pasti dan membincangkan wacana tekstual dalam iklan selebriti. Dalam menyempurnakan kajian analisis w...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Aishah Mohd Radzi,, Normaliza Abd Rahim,, Nor Azuwan Yaakob,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13153/1/26318-91939-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13153/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1129
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap iklan yang menampilkan selebriti sebagai endorser produk yang ingin dipromosikan. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi objektif kajian, iaitu mengenal pasti dan membincangkan wacana tekstual dalam iklan selebriti. Dalam menyempurnakan kajian analisis wacana, penguasaan peraturan bahasa amat penting agar memperoleh data yang tepat. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kaedah pemerhatian dan analisis teks dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat bagi mengenal pasti selebriti yang berpotensi memberi impak yang besar dalam bidang pengiklanan dan iklannya juga memiliki semua aspek yang terdapat dalam teks wacana iklan yang dipersembahkan. Setelah selesai pemerhatian, subjek yang diputuskan ialah Nur Suhada Jebat atau dikenali juga sebagai Ayda Jebat. Subjek dipilih atas faktor kejayaan beliau meningkatkan prestasi diri dalam bidang populariti di dalam dan juga di luar negara, lalu menjadikan diri beliau menjadi seorang selebriti yang dikenali ramai. Iklan yang dimuat turun daripada laman media sosial, khususnya Youtube, ditranskripkan ke dalam bentuk tulisan bagi memudahkan proses penganalisisan data. Teks yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis wacana kritis yang dicadangkan oleh Fairclough (1995). Hasil kajian telah menunjukkan bahawa dimensi tekstual sangat mempengaruhi pengiklanan sesuatu produk sama ada daripada aspek kosa kata, leksikal mahupun kohesi. Dimensi tersebut dapat menyampaikan maklumat dengan baik kepada pengguna dan menarik perhatian dengan kata yang terkandung di dalamnya.