Representasi budaya dalam kit video pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing: analisis teori sosiokognitif
Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu bahasa itu kerana manusia cepat belajar melalui proses peniruan. Pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih menyeronokkan dan berinteraktif jika budaya masyarakatnya menjadi asas pembelajaran. Pembela...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12549/1/jatma-2019-0701-08.pdf http://journalarticle.ukm.my/12549/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu bahasa itu kerana
manusia cepat belajar melalui proses peniruan. Pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih menyeronokkan
dan berinteraktif jika budaya masyarakatnya menjadi asas pembelajaran. Pembelajaran bahasa Melayu kepada
penutur asing sudah sekian lama menggunakan modul pembelajaran bahasa yang lebih berfokus kepada bantuan
guru sepenuhnya. Namun, bantuan guru sahaja tidak cukup untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia
yang pelbagai kepada penutur asing. Justeru, apakah bahan bantu yang boleh digunakan oleh penutur asing untuk
mempelajari bahasa Melayu sekiranya tidak menghadiri kelas formal, namun masih boleh mempelajari budaya? Kini,
pembelajaran berbantu komputer menjadi dimensi pembelajaran yang baru dalam dunia pendidikan kerana kemudahan
komputer membantu mewujudkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Walaupun begitu, pembelajaran
menggunakan modul bertulis perlu dikekalkan kerana masih penting. Unsur budaya yang direpresentasikan melalui
kit multimedia berbentuk video membolehkan pembelajaran bahasa Melayu bukan sekadar dipelajari, malah diamati
sehingga seterusnya diperilakukan secara fizikal. Kit video sebagai alat bantu alternatif tersebut dapat membantu penutur
asing mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia secara kendiri. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan
tentang kit video bahasa Melayu untuk penutur asing yang dibangunkan menggunakan model reka bentuk pembelajaran
ADDIE. Seterusnya, kebolehgunaan kit video tersebut dianalisis melalui kaca mata Teori Sosiokognitif yang menekankan
pembelajaran melalui pemerhatian dan pemodelan. |
---|