Trait-trait personaliti pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa dalam kalangan pelajar sekolah menengah: model lima faktor

Kajian ini adalah untuk melihat perbezaan trait-trait personaliti dalam kalangan pelajar seramai 328 orang pelajar tingkatan empat yang melibatkan sepuluh buah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Terdapat lima domai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raja Azrul Hisham Raja Ahmad,, Ruslin Amir,, Saemah Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11282/1/22335-64283-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11282/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk melihat perbezaan trait-trait personaliti dalam kalangan pelajar seramai 328 orang pelajar tingkatan empat yang melibatkan sepuluh buah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Terdapat lima domain dalam trait-trait personaliti yang dicadangkan oleh Model Lima Faktor Goldberg iaitu domain Kesedaran, Penerimaan, Kestabilan Emosi, Ekstraversi dan Keterbukaan. Analisis deskriptif min menunjukkan domain Kesedaran, Kestabilan Emosi, Ekstraversi dan Keterbukaan antara pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa adalah sederhana. Manakala, domain Penerimaan adalah tinggi. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa dalam dua domain Kestabilan Emosi dan Kesedaran. Program-program intervensi yang sesuai, efektif dan menjurus kepada trait-trait personaliti pelajar yang terlibat dengan buli dapat dirancang dan dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan dalam menangani buli pelajar di sekolah.