Komunikasi dan kefahaman maklumat saintifik dalam buku teks sains sekolah rendah: satu kajian kes tentang kaedah penyampaian
Walaupun Malaysia telah meningkatkan usaha dalam bidang Sains dan Teknologi, terdapat penurunan dalam jumlah murid yang minat atau cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Murid-murid ini menghadapi kesukaran dalam menghayati konsep-konsep saintifik.Salah satu punca kesukaran berpunca daripada keber...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11278/1/22290-64069-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/11278/ http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Walaupun Malaysia telah meningkatkan usaha dalam bidang Sains dan Teknologi, terdapat penurunan dalam jumlah murid yang minat atau cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Murid-murid ini menghadapi kesukaran dalam menghayati konsep-konsep saintifik.Salah satu punca kesukaran berpunca daripada keberkaitan intra kandungan buku teks mata pelajaran Sains itu sendiri. Walau bagaimanapun, tumpuan dalam aspek keberkaitan kandungan adalah kurang. Analisis dokumen telah dilaksanakan melalui satu kajian kes terhadap penjelasan beberapa konsep sains dalam buku teks kebangsaan.Jenis buku teks digunakan dalam cerapan data ialah buku-buku teks Sains sekolah rendah kebangsaan untuk Tahun 4, 5 dan 6. Dalam kajian mengenai komunikasi konsep-konsep sains ini, mudah-susah seseorang murid memahami sesuatu konsep dan kesinambungan konsep tersebut dicerap dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa beberapa konsep saintifik yang terkandung dalam buku teks Sains telah dipersembahkan pada tahap yang tidak membolehkan murid mengetahui konsep tersebut dengan baik. Wujud ketidaksinambungan konsep-konsep saintifik dalam buku-buku teks Sains tersebut. Penemuan ini dibincangkan dan kesimpulannya diberikan dalam artikel ini. |
---|