Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru bahasa Melayu melaksanakan kajian pengajaran

Kajian pengajaran atau Lesson Study merupakan salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen, peranan pentadbir dan opsyen guru bahasa Melayu dengan kesediaan guru Bahasa Melayu untuk melaksan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rohaida Mazlan,, Zamri Mahamod,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10654/1/16022-44853-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10654/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/878
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian pengajaran atau Lesson Study merupakan salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen, peranan pentadbir dan opsyen guru bahasa Melayu dengan kesediaan guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan kajian pengajaran. Borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian telah diedarkan kepada 253 orang guru bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat. Data kajian dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen bukan faktor penghalang untuk guru menggunakan pendekatan kajian pengajaran semasa mengajar. Sebaliknya, faktor peranan pentadbir dan opsyen perguruan banyak mempengaruhi kesediaan guru Bahasa Melayu daerah Hulu Langat untuk melaksanakan kajian pengajaran. Rumusannya, kajian pengajaran boleh menjejaskan tumpuan guru Bahasa Melayu dalam pengajarannya jika faktor peranan pentadbir sekolah dan opsyen guru tidak diambil perhatian dalam menjayakan kajian pengajaran..