Model orientasi pembelajaran matematik berasaskan penyesuaian pelajar: pendekatan ‘structural equation model-partial least squares’

Kajian ini bertujuan untuk membina model orientasi pembelajaran matematik berasaskan penyesuaian dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Model Persamaan Berstrukutur-Kuasa Dua Terkecil Separa digunakan untuk menilai kebagusan item-item yang digunakan dari aspek kesahan serta keb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hashimah Abu Bakar,, Zulkifley Mohamed,, Mohd. Faizal Nizam Lee Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10646/1/16014-44837-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10646/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/878
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina model orientasi pembelajaran matematik berasaskan penyesuaian dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Model Persamaan Berstrukutur-Kuasa Dua Terkecil Separa digunakan untuk menilai kebagusan item-item yang digunakan dari aspek kesahan serta kebolehpercayaan. Seterusnya, model orientasi pembelajaran matematik telah dihasilkan dalam kajian ini. Data diperoleh dengan mengedarkan instrumen kajian kepada 95 orang pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major pendidikan Matematik di IPGM. Item kajian diterjemah dan diadaptasi daripada ‘Student Adaptation to College Questionnaire’ (SACQ) dan Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM). Penilaian kesahan dilakukan berdasarkan kepada kesahan konstruk dan kesahan menumpu item-item pengukuran. Seterusnya, kebolehpercayaan gubahan dinilai melalui ketekalan dalaman berdasarkan nilai alpha cronbach dan kesahan pembeza. Keputusan statistik menunjukkan bahawa nilai varians bagi orientasi pembelajaran matematik dipengaruhi oleh penyesuaian pelajar. Justeru, bagi memperbaiki orientasi pembelajaran matematik, dapatan kajian dan model yang dibina boleh digunakan oleh pihak IPGM, BPG, pensyarah dan seterusnya para pelajar sebagai rujukan.