Eksplorasi adaptasi antarabudaya pelajar Melayu di Australia dan United Kingdom

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis proses adaptasi antarabudaya pelajar Melayu di Australia dan United Kingdom sewaktu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (Phd). Fokus kajian ini tertumpu kepada perbezaan budaya dan cara hidup pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Latiff Ahmad,, Mohd Nazri Mohd Noh,, Emma Mirza Wati Mohamad,, Rusyda Helma Mohd,, Ali Salman,, Latiffah Pawanteh,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pemgajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10023/1/V31_2_23.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10023/
http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-2015.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis proses adaptasi antarabudaya pelajar Melayu di Australia dan United Kingdom sewaktu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (Phd). Fokus kajian ini tertumpu kepada perbezaan budaya dan cara hidup pelajar di luar negara. Model Lekuk-U (Lysgaard, 1955) telah digunakan sebagai asas kepada penyelidikan) yang bermula dari peringkat bulan madu (honeymoon stage), peringkat kejutan budaya (culture shock stage), peringkat pelarasan (adjustment stage) dan akhir sekali peringkat penguasaan (mastery stage). Empat kumpulan fokus telah dijalankan membabitkan pelajar-pelajar sarjana Melayu yang telah belajar di Australia dan United Kingdom. Hasil analisis dapatan kajian mendapati bahawa peringkat berbulan madu (honeymoon stage) tidak dilalui oleh pelajar ini kerana peringkat awal di negara baru lebih tertumpu untuk menyesuaikan diri dan mempelajari bagaimana untuk beradaptasi. Mereka kurang mempunyai masa untuk bersuka-ria. Walaupun terdapat cabaran sebagai seorang Muslim di luar negara, pelajar mampu menjalani hidup dengan baik kerana negara luar telah mula mendapat pendedahan tentang cara hidup orang Islam.