Perluas kelas KAFA seluruh negara

Sintok: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memperluaskan program Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ke seluruh negara dengan menyasarkan semua pelajar sekolah rendah beragama Islam mengikuti pengajian itu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perluasan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Metro, Ahad
Format: Newspaper
Language:English
Published: Metro Ahad 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/9737/1/Perluas_kelas_KAFA_seluruh_negara.pdf
http://repo.uum.edu.my/9737/
http://www.hmetro.com.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sintok: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memperluaskan program Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ke seluruh negara dengan menyasarkan semua pelajar sekolah rendah beragama Islam mengikuti pengajian itu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perluasan program KAFA bagi membolehkan seluruh pelajar sekolah rendah dapat manfaat terhadap program berkenaan sekali gus dapat memberi pengajian tambahan kepada mereka.Katanya, sehingga kini kira-kira 937,808 pelajar sudah mengikuti kelas Kafa di seluruh negara dengan 56 peratus daripadanya pelajar sekolah rendah di 5,870 premis."Kita akan berusaha sedaya mungkin supaya semua kanak-kanak beragama Islam dapat belajar di kelas KAFA walaupun sehingga kini terdapat beberapa kekangan termasuk kekurangan premis, tenaga pengajar dan alat bantuan mengajar."Kita akan cuba menyelesaikan kekurangan itu dari semasa ke semasa termasuk baru-baru ini tingkatkan elaun KAFA bagi memberi semangat buat guru KAFA yang kebanyakannya tenaga pengajar di sekolah rendah,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ihtifal Kelas al Quran dan Fardu Ain (KAFA) peringkat kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini semalam.