71 pasukan IPT sertai karnival bola keranjang 3on3 IPT 2013

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan menyertai Karnival Bola Keranjang 3on3 IPT 2013 dari 7 hingga 10 Nov ini di Teluk Chempedak, Pahang.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang Prof Dr Yuserrie Zainuddin berkata penganjuran k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Harian Ekspres, (KK)
Format: Newspaper
Language:English
Published: Harian Ekspres 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/9708/1/71_pasukan_IPT_sertai_karnival.pdf
http://repo.uum.edu.my/9708/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan menyertai Karnival Bola Keranjang 3on3 IPT 2013 dari 7 hingga 10 Nov ini di Teluk Chempedak, Pahang.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang Prof Dr Yuserrie Zainuddin berkata penganjuran karnival kali keempat' itu bertujuan membudayakan sukan bola keranjang dalam kalangan pelajar IPT. "Kejohanan pada kali ini hanya menumpukan penyertaan dalam kalangan pelajar IPT dan tidak melibatkan kategori pelajar sekolah seperti sebelum ini untuk memberi fokus kepada pembentukan pasukan bola keranjang kejohanan Sukan Universiti Asia (AUG) 2014 di Palembang. "Kita mahu mencari bakat baharu dalam sukan bola keranjang untuk pembangunan sukan bola keranjang setanding dengan negara luar," katanya kepada pemberita di Wisma Majis Olimpik Malaysia (MOM), di sini pada Isnin.Karnival yang disertai oleh 46 pasukan lelaki dan 25 pasukan wanita itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM11.400, piala pusingan, piala iringan, pingat dan sijil penyertaan.Antara pasukan yang akan mengambil bahagian ialah dari Universiti Sains Malaysia,Universiti Utara Malaysia,Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu dan Sunway University.