Analisa perubahan gunatanah lembangan Kedah melalui teknik metriks ruangan "patch analyst" dan kaitannya dengan bencana banjir

Hujan adalah air yang turun menitik dengan banyaknya yang terpeluwap daripada wap di atmosfera. Taburan hujan sangat dipengaruhi oleh corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan.Kajian analisis taburan hujan yang dijalankan di Lembangan Kedah adalah bertu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah, Ismail, Hamidi, Ismail, Mazlan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/8118/1/Tuan_Pah_Rokiah-uthm.pdf
http://repo.uum.edu.my/8118/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hujan adalah air yang turun menitik dengan banyaknya yang terpeluwap daripada wap di atmosfera. Taburan hujan sangat dipengaruhi oleh corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan.Kajian analisis taburan hujan yang dijalankan di Lembangan Kedah adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap taburan hujan yang diterima oleh Lembangan Kedah sekaligus menjadi penyebab kepada peningkatan kekerapan kejadian banjir di lembangan tersebut akhir-akhir ini.Metod kajian ini adalah menggunakan teknik analisis box plot bagi melihat outliers atau jumlah taburan hujan luar biasa ekstrim (*) yang diterima di Lembangan Kedah. Justeru data hujan selama sebelas tahun telah digunakan dalam meneliti taburan hujan di Lembangan Kedah yang diperoleh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Ampang.Hasil kajian mendapati kebanyakan stesen hujan yang dipilih menunjukkan terdapat peningkatan kekerapan kejadian taburan hujan luar biasa ekstrim terutamanya di stesen hujan Alor Setar, Ampang Pedu dan Sintok.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejadian hujan luar biasa dan salah satu puncanya adalah aktiviti manusia yang mengeksplotasi sesuatu kawasan bukan secara mampan.Misalnya, hasil kajian mendapati stesen hujan yang berada di pedalaman (Ampang Pedu dan Sintok) adalah lebih dominan atau sangat kerap menerima kejadian hujan ekstrim yang luar biasa.Situasi ini mungkin berkaitan dengan menerokaan kawasan tersebut untuk pelbagai aktiviti pembangunan misalnya, petempatan, infrastuktur, empangan dan sebagainya.Rumusannya, akibat daripada taburan hujan luar biasa yang ekstrim akibat daripada aktiviti manusia maka, di Lembangan Kedah akan terdedah kepada kekerapan berlakunya banjir besar.