Persepsi gangguan seksual dan budaya tingkah laku devian di sektor awam

Kajian ini bertujuan meneliti perkaitan persepsi gangguan seksual dengan budaya tingkah laku devian di tempat kerja, perbezaan dari segi jantina dan hubungannya dengan ketegasan undang-undang dalam organisasi dan perhayatan agama.Kajian ini telah dijalankan di kalangan pentadbir di sektor awam di ne...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marican, Sabitha, Abd Aziz, Ahmad Shamsul, Abu Bakar, Md Zawawi
Format: Monograph
Language:English
English
Published: Universiti Utara Malaysia 2006
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/7863/1/Sab.pdf
http://repo.uum.edu.my/7863/3/1.Sabitha%20Marican.pdf
http://repo.uum.edu.my/7863/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000259462
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneliti perkaitan persepsi gangguan seksual dengan budaya tingkah laku devian di tempat kerja, perbezaan dari segi jantina dan hubungannya dengan ketegasan undang-undang dalam organisasi dan perhayatan agama.Kajian ini telah dijalankan di kalangan pentadbir di sektor awam di negeri Kedah dan Selangor yang melibatkan 1097 pentadbir dengan menggunakan rekabentuk keratan rentas.Data kajian telah dikumpul melalui soal selidik dengan bantuan wakil yang dilantik dalam setiap jabatan yang dipilih sebagai sampel kajian.Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan t-test dan korelasi melalui perisian SPSS 12.5.Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan budaya kerja devian dan wanita lebih cenderung mempersepsi gangguan seksual berbanding dengan responden lelaki.Kajian juga mendapati bahawa persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan ketegasan prosedur dalam organisasi.Walau bagaimanapun persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan aspek luaran iaitu bercakap bohong, terlibat dengan suapan, melakukan kezaliman dan berhubungan secara intim sebagai sesuatu yang biasa.Secara kesimpulan kajian mendapati bahawa tahap tingkah laku devian yang rendah dan prosedur yang tegas boleh meningkatkan persepsi gangguan seksual seseorang terhadap gangguan seksual.Selain dari itu, individu lebih cenderung mempersepsi gangguan seksual apabila individu kurang cenderung dikaitkan dengan aspek luaran penghayatan agama.