Persepsi terhadap syura di fakulti-fakulti pengajian Universiti Utara Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, penerimaan dan perlaksanaan syura di fakulti-fakulti pengajian di Universiti Utara Malaysia.Pada keseluruhannya, kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan mengenai tahap pengetahuan, penerimaan, dan pelaksanaan syura di 13 fakulti penga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Man@Othman, Wazin
Format: Monograph
Language:English
English
Published: Universiti Utara Malaysia 2006
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/7719/1/Waz.pdf
http://repo.uum.edu.my/7719/4/1.Wazin%20Man%20%40%20Othman.pdf
http://repo.uum.edu.my/7719/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, penerimaan dan perlaksanaan syura di fakulti-fakulti pengajian di Universiti Utara Malaysia.Pada keseluruhannya, kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan mengenai tahap pengetahuan, penerimaan, dan pelaksanaan syura di 13 fakulti pengajian UUM.Boleh dikatakan bahawa kebanyakan daripada mereka mempunyai pengetahuan umum yang agak baik mengenai syura, tetapi kurang pengetahuan mengenai perkara-perkara yang lebih khusus mengenainya.Mengenai tahap penerimaan, mereka menerima untuk menjadikan syura sebagai asas utama dalam pengurusan organisasi, tetapi tidak dapat menerima cadangan untuk mengadakan beberapa majlis syura dalam setiap peringkat pentadbiran organisasi serta mewujudkan syura yang terdiri daripada penasihat-penasihat agama dan juga pakar-pakar bidang yang diperlukan untuk mempertingkatkan kemajuan organisasi.Tahap perlaksanaan terhadap asas-asas syura juga menampakkan bahawa mereka beranggapan bahawa ketua mereka mempunyai komitmen untuk melaksanakannya, tetapi tidak beranggapan bahawa mereka telah melaksanakan sebahagian besar daripada tuntutan syura.Kajian ini juga mendapati bahawa cabaran untuk melaksanakan syura secara menyeluruh adalah tinggi, tetapi ia boleh dilaksanakan dengan berjaya sekiranya persiapan dan latihan ke arahnya dijalankan dengan sempurna.