Amalan kitar semula (pengurusan sisa pepejal) penduduk kediaman Majlis Perbandaran Kota Setar

Masalah pengurusan sisa pepejal di semua Majlis Kerajaan Tempatan Malaysia menjadi isu penting dalam era menuju negara maju.Peningkatan sisa pepejal bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, malah di mana-mana negara seluruh dunia, hanya kuantiti pelupusan sisa sahaja yang menentukan sama ada sistem peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Hamidi, Yusof, Rohana, Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah, Ayob, Wahida
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/7503/1/Ha.pdf
http://repo.uum.edu.my/7503/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah pengurusan sisa pepejal di semua Majlis Kerajaan Tempatan Malaysia menjadi isu penting dalam era menuju negara maju.Peningkatan sisa pepejal bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, malah di mana-mana negara seluruh dunia, hanya kuantiti pelupusan sisa sahaja yang menentukan sama ada sistem pengurusan sisa sesebuah negara berkesan atau sebaliknya.Kaedah pengurusan sisa pepejal yang terbaik dan dipraktikkan oleh dunia pada hari ini ialah kitar semula barangan terpakai atau terbuang menjadi suatu yang baru atau digunakan semula sepertimana bentuk atau keadaan asal. Kaedah yang kedua ialah menggunakan teknologi tinggi dalam pelupusan sisa iaitu pembakaran dalam relau (incinerator). Walaupun usaha melaksanakan kitar semula baik, namun terdapat masalah pelaksanaannya di Malaysia.Menurut Laporan Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Kota Setar (1996) masalah pengurusan sampah banyak berkait rapat dengan sikap penduduk.Ini suatu kelemahan yang seharusnya dilihat oleh masyarakat dan alasan ini mendorong kajian dijalankan dari perspektif amalan penduduk terhadap kitar semula.Kajian tertumpu kepada kawasan kediaman (perumahan terancang) dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Setar yang terdiri daripada tujuh kawasan iaitu Taman Golf (Lumba Kuda), Uda, PKNK, Berjaya, Rakyat Mergong, Saga dan Wira.Matlamat kajian ini ialah mengenal pasti amalan yang sering dilakukan oleh penduduk kawasan kediaman dalam mengurus sisa pepejal harian.Kajian ini dijalankan dari perspektif amalan responden dari sudut pemikiran, sikap, tindakan dan pandangan yang dikaitkan dengan latar belakang responden itu sendiri.Kaedah kajian yang digunakan adalah deskriptif menggunakan soal selidik ke atas ketua isirumah.Persampelan yang dilakukan menggunakan pendekatan Systematic Random Sampling ke atas sampel seramai 371 orang responden, manakala analisis yang dijalankan menggunakan teknik Cross-Tabulation.Hasil daripada kajian mendapati amalan responden dari segi sikap, pemikiran, tindakan dan pandangan menyokong usaha kitar semula dengan membawa nilaian 98.9 peratus.Oleh itu, kitar semula di kawasan responden mungkin berjaya sekiranya usaha berterusan diambil oleh pihak berkuasa seperti kempen, ceramah, mendampingi masyarakat dan insentif lain iaitu penyediaan peralatan sokongan.