Peranan KESEDAR dalam pembangunan tanah di Daerah Gua Musang: Isu dan pencapaian tahap sosioekonomi peneroka

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah sebuah agensi kerajaan yang telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sepuluh buah tanah rancangan yang terletak di Daerah Gua Musang, Kelantan. Tanah rancangan yang dimajukan oleh agensi ini termasuklah kawasan tanah rancangan Paloh I, Paloh 2, Pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hussin, Fauzi, Abdullah, Hussin, Che Mat, Siti Hadijah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/7424/1/B1.pdf
http://repo.uum.edu.my/7424/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah sebuah agensi kerajaan yang telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sepuluh buah tanah rancangan yang terletak di Daerah Gua Musang, Kelantan. Tanah rancangan yang dimajukan oleh agensi ini termasuklah kawasan tanah rancangan Paloh I, Paloh 2, Paloli 3, Clialil. Lebir, Meranto, Paloli 4, Renok Baru.Jeram Tekoh dan Sungai Asap.Hampir keseluruhan kawasan ladang di tanah rancangan ditanam dengan tanaman getah dan kelapa sawit.Persoalannya sejauh manakah kejayaan pihak pengurusan KESEDAR dalam memajukan taraf sosioekonomi peneroka? Apakah isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR sebagai agensi yang bertanggungjawab memajukan tanah di negeri Kelantan? Kertas seminar ini akan membincangkan isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR serta peranannya dalam meningkatkan tahap sosioekonomi para peneroka. Sejumlah 133 soal selidik berjaya dikutip daripada responden kajian iaitu ketua isi rumah bagi setiap keluarga peneroka sebagai sampel kajian.Soal selidik mengandungi maklumat-maklumat seperti faktor demografi, jenis tanaman yang diusahakan, pendapatan, bantuan diperolehi serta masalah-masalah yang dihadapi peneroka.Selain itu, temubual secara bersemuka juga dijalankan untuk mendapat maklumat berkaitan isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR dalam memajukan tanah peneroka.Dapatan kajian menunjukkan tahap pendapatan peneroka masih lagi rendah walaupun kebanyakan mereka berpendapatan melepasi aras kcmiskinan tegar.Faktor utama yang menjadi masalah dan mengurangkan pendapatan peneroka ialah usia tanaman getah dan kelapa sawit, peneroka yang sudah lanjut usia, generasi kedua yang bekerja di bandar serta keluasan tanah untuk tanaman yang tidak bertambah.Isu-isu utama yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR pula termasuklah isu tanaman semula, isu bantuan sara hidup peneroka, isu penyelenggaraan ladang, isu hutang peneroka, isu generasi kedua dan isu pencerobohan baki kawasan belum tanah semula.