Profil psikososial penagih heroin yang mengikuti program pemulihan Serenti - Siapakah mereka?

Kertas kerja ini meneliti profail psikososial penagih-penagih heroin yang mengikuti program pemulihan di pusat-pusat Serenti di Malaysia. Kajian profil psikososial ini dilakukan ke atas 2,817 orang penghuni dari 27 buah Pusat Serenti.Data dikumpulkan secara temuduga berstruktur oleh kaunselor-kaunse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Mahmood Nazar, Ahmad, Rusli, Kasa, Muhamad Dzahir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/6696/1/Mah.pdf
http://repo.uum.edu.my/6696/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000760231
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini meneliti profail psikososial penagih-penagih heroin yang mengikuti program pemulihan di pusat-pusat Serenti di Malaysia. Kajian profil psikososial ini dilakukan ke atas 2,817 orang penghuni dari 27 buah Pusat Serenti.Data dikumpulkan secara temuduga berstruktur oleh kaunselor-kaunselor Pusat Serenti dengan menggunakan soalselidik yang dibentuk oleh pauskan penyelidik.Dapatan kajian menunjukkan purata responden mempunyai hubungan baik dengan keluarga.Dapatan untuk aktiviti rekrasi menunjukkan ramai responden mempunyai hubungan baik dengan keluarga.Dapatan untuk aktiviti rekreasi menunjukkan ramai responden terlibat dengan aktiviti berpersatuan sebelum masuk ke pusat.Hubungan Harga Diri (RSES), Kebimbangan (BAI)dan Kemurungan (BDI) dengan jenis aktiviti rekreasi menunjukkan min harga diri adalah tinggi untuk aktiviti bersiar dengan kawan dan melakukan hobi.Kemurungan pula markat tertinggi adalah untuk aktiviti bersiar dan berkawan.Dapatan dari ANOVA sehala menunjukkan tahap harga diri adalah tinggi untuk responden yang melakukan aktiviti bersama keluarga.Kemurungan pula paling tinggi untuk mereka yang melakukan aktiviti bersendirian.Tahap kemurungan dan kebimbangan juga tinggi kepada mereka yang gemar bersendirian dan bersama barang kesayangan.Responden yang suka membaca, melakukan hobi dan bersama barang kesayangan mempunyai tahap harga diri yang tinggi.Dapatan untuk hubungan responden dengan rakan sebaya didapati terdapat rakan sebaya yang mengajak responden mengambil dadah dan 76.1% tahu tempat bekalan dadah.Ujian ANOVA sehala menunjukkan responden yang berkawan dengan penagih mencatatkan nilai kebimbangan dan kemurungan yang tinggi serta tahap harga diri yang rendah berbanding mereka yang tidak berkawan dengan penagih.Tahap harga diri yang rendah, kebimbangan dan kemurungan yang tinggi terdapat pada responden yang mempunyai rakan yang tahu tempat bekalan dadah.Dapatan yang lain ialah tahap harga diri yang rendah dan kecenderungan ke arah kebimbangan dan kemurungan terdapat pada responden yang mudah mempengaruhi tingkah laku rakan sebayanya.Dapatan dari segi jenis pekerjaan didapati responden bekerja sebagai buruh am (25.3%),pekerja am (12.1%) dan buruh kilang (10.2%). Dari aspek psikologi didapati responden yang tiada pengalaman bekerja sebelum masuk Pusat Serenti mencatat tahap kebimbangan dan kemurungan yang lebih tinggi.