Pemulihan projek perumahan terbengkalai oleh 'penerima dan pengurus': Isu dan cabaran

Projek perumahan terbengkalai merupakan suatu fenomena yang menyedihkan berlaku dalam industri perumahan di Semenanjung Malaysia.Walaupun, industri perumahan telah berkembang pesat sejak merdeka, fenomena negatif yang masih berlaku adalah projek-projek perumahan terbengkalai.Meskipun undang-undang d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Md Dahlan, Nuarrual Hilal
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2009
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/6522/1/Nu8.pdf
http://repo.uum.edu.my/6522/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Projek perumahan terbengkalai merupakan suatu fenomena yang menyedihkan berlaku dalam industri perumahan di Semenanjung Malaysia.Walaupun, industri perumahan telah berkembang pesat sejak merdeka, fenomena negatif yang masih berlaku adalah projek-projek perumahan terbengkalai.Meskipun undang-undang dan peraturan-peraturan mengenai tanah, perancangan, bangunan, dan perumahan telah diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan bertujuan mengawaldan mengatur industri perumahan di Semenanjung Malaysia, masalah projek perumahan terbengkalai masih lagi berlaku.Jesteru, suatu penilaian dan kajian semula terhadap peruntukan undang-undang sedia ada perlu dibuat, secara khususnya Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)1966 (Akta 118) dan peraturan-peraturannya bertujuan untuk mencari dan menyiasat mana-mana kelemahan undang-undang yang telah dan boleh mengakibatkan projek perumahan menjadi terbengkalai dan kesan-kesan yang dibawanya.Kertas kerja ini berbentuk kajian kes dan akan menggunakan metode kajian kes undang-undang, untuk menerokai fenomena dan undang-undang yang berlaku di Bayshore Apaartment, Lot 3979, Tanjuong Bungah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.Daripada penerangan dan perbincangan kertas kerja ini, diharapkan penemuan-penemuan tertentu akan dapat diperoleh, melibatkan apa-apa kelemahan, masalah dan pendekatan undang-undang, serta usaha-usaha tertentu ke arah memulihkan projek-projek terbengkalai tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dibawa.Hasil daripada usaha ini juga, secara umumnya, akan berupaya membantu pihak-pihak berkuasa melaksanakan dasar-dasar dan merumuskan pendekatan-pendekatan undang-undang bagi mengelakkan masalah yang sama daripada berlaku.Sekiranya sesuatu projek perumahan terbengkalai itu hendak dipulihkan, penemuan-penemuan dalam kajian ini boleh digunakan bagi memudahkan proses pemulihan dilaksanakan sepenuhnya.