Pengenalan kepada pengurusan konflik antarabangsa

Buku ini menerangkan secara umum perihal konflik yang sering berlaku dalam hubungan antarabangsa.Penjelasan yang terkandung dalam sembilan bab ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan masyarakat tentang pelbagai konflik dan cara menanganinya sama ada secara positif mahupun sebaliknya. Bab per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sakdan, Mohd Fo'ad, Othman, Muhammad Fuad
Format: Book
Published: UUM Press 2012
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/5985/
http://uumpress.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini menerangkan secara umum perihal konflik yang sering berlaku dalam hubungan antarabangsa.Penjelasan yang terkandung dalam sembilan bab ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan masyarakat tentang pelbagai konflik dan cara menanganinya sama ada secara positif mahupun sebaliknya. Bab pertama memperkenalkan beberapa teori utama dalam konflik antarabangsa yang berupaya memberi idea tentang sebab sesuatu konflik itu wujud.Bab kedua pula menghuraikan faktor-faktor atau pihak yang berperanan dalam konflik hubungan antarabangsa melalui penjelasan tentang faktor-faktor dan instrumen yang sering diterima guna dalam konflik berkenaan.Bab-bab seterusnya memperincikan lagi konflik-konflik utama yang sering menyebabkan pertelingkahan, permusuhan dan peperangan dalam kalangan masyarakat dan negara umumnya.Hal ini melibatkan konflik ideologi, ekonomi, etnik, agama dan sempadan. Akhirnya buku ini menghuraikan beberapa pendekatan yang sering dipraktikkan dalam usaha menangani konflik yang wujud meliputi tatacara kaedah perundingan, perantaraan, timbang tara dan juga pembentukan pasukan keselamatan. Buku ini diharap mampu menggambarkan senario menyeluruh tentang konflik-konflik yang berlaku dalam arena hubungan antarabangsa masa kini.