Masalah pembelajaran sejarah: Satu kajian tindakan

Kajian tindakan (KT) kolaboratif antara penyelidik universiti (pensyarah pendidikan) dan penyelidik guru ini merupakan satu langkah ke arah perkongsian bestari antara kedua-dua pihak dalam hal professional development dan penambahbaikan P&P sejarah. Kajian ini bertitik-tolak daripada masalah pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tor, Geok Hwa
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/5947/1/MASALAH_PEMBELAJARAN_SEJARAH.pdf
http://repo.uum.edu.my/5947/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000229528
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tindakan (KT) kolaboratif antara penyelidik universiti (pensyarah pendidikan) dan penyelidik guru ini merupakan satu langkah ke arah perkongsian bestari antara kedua-dua pihak dalam hal professional development dan penambahbaikan P&P sejarah. Kajian ini bertitik-tolak daripada masalah pembelajaran sejarah sekumpulan pelajar (10 orang) dalam satu kelas. Perbincangan awal antara kedua-dua pihak telah mencapai konsensus tentang andaian bahawa punca masalah pembelajaran sejarah untuk pelajar-pelajar ini ialah mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses penaakulan dan deep learning. Sehubungan itu, hasil daripada inkuiri secara deliberate oleh penyelidik ke atas literature teori pembelajaran umum dan teori pembelajaran sejarah, program intervensi dalam bentuk pembelajaran koperatif model STAD telah dikenal pasti dan dijalankan ke atas subjek kajian ini dalam setting P&P dalam bilik darjah (untuk mengelakkan Hawthorne effect). Program intervensi dijalankan dalam 3 lingkaran kerana usaha penambahbaikan dibuat berasaskan maklum balas daripada pelajar semasa pelaksanaan intervensi. Kesan intervensi dilihat dari segi perbandingan skor pre-test dan post-test, pemerhatian terhadap gerak balas pelajar semasa P&P, serta perubahan sikap terhadap subjek sejarah (pra dan pasca-intervensi). Skor pre-test dan post-test telah dianalisis untuk melihat peningkatan skor mentah di samping ujian-t berpasangan yang dijalankan untuk melihat signifikan perubahan skor yang tercatat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif sememangnya berkesan untuk mengatasi masalah pembelajaran sejarah dari segi mengingat fakta yang berpunca daripada kepasifan dan pembelajaran/penaakulan yang tidak mendalam di kalangan subjek kajian Dari segi penglibatan semasa P&P, pemerhatian oleh penyelidik guru menunjukkan bahawa interaksi dan gerak balas subjek kajian dengan bahan pengajaran (buku teks), rakan sebaya dan guru turut jelas memperlihatkan perubahan. Selain itu, penyelidik turut menghuraikan refleksi kritikal yang dilalui sepanjang perancangan dan pelaksanaan KT ini, di samping penjelasan tentang orientasi KT ini.