Hubungan antara keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dan kepuasan pengisian waktu lapang dengan ksejahteraan hidup

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungan antara keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dan kepuasan pengisian waktu lapang dengan kesejahteraan hidup. Teknik terbaik persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai 290 orang pelajar Program Kerja Sosial, Unive...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sayuti, Rusimah, Jamaluddin, Zakiyah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2002
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/5408/1/Hubungan_antara_keaktifan_dalam_aktiviti_waktu_lapang.pdf
http://repo.uum.edu.my/5408/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000207949
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungan antara keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dan kepuasan pengisian waktu lapang dengan kesejahteraan hidup. Teknik terbaik persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai 290 orang pelajar Program Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia yang berada dalam semester kedua sehingga semester ke lapan, sesi November 2001/2002 telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diubahsuai dari McKehnie's Leisure Activities Inventory untuk pembolehubah aktiviti waktu lapang. Leisure Satisfaction Measurement untuk pembolehubah kepuasan waktu lapang dan komponen yang dibina oleh Ragheb(1993), Watts(1982),Edlin & Golanty (1985) serta Hetler (1986) bagi pembolehubah kesejahteraan hidup. Ujian Korelasi Pearson's digunakan bagi mengkaji hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah. Sementara ujian T dan ANOVA digunakan bagi mengkaji perbezaan faktor demografi dengan keaktifan dalam aktiviti waktu lapang, kepuasan pengisian waktu lapang dan kesejahteraan hidup. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi aktiviti waktu lapang dengan kesejahteraan hidup; hubungan yang signifikan antara kepuasan pengisian waktu lapang dengan kesejahteraan hidup;serta terdapat hubungan yang signifikan bagi keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dengan kepuasan pengisian waktu lapang. Sementara itu, kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi dengan kesejahteraan hidup; dan tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi dengan kepuasan pengisisn waktu lapang. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan faktor demografi dalam melakukan aktiviti waktu lapang.