Isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perladangan di Malaysia

Pertanian merupakan suatu industri yang paling awal dipraktikkan serta melibatkan sistem kerja yang unik. Sektor ini melihatkan teknik secara tradisional hingga kepada penggunaan teknologi yang kompleks. Bilangan pekerja berdaftar serta terlibat secara langsung dalam sektor pertanian seramai 1,623...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamal Khan, Mohd Khan, Mustafa, Munauwar, Abd Aziz, Fadzli Shah, Ali, Hassan
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2002
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/5407/1/Isu-isu_keselamatan_dan_kesihatan_pekerja.pdf
http://repo.uum.edu.my/5407/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000207946
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertanian merupakan suatu industri yang paling awal dipraktikkan serta melibatkan sistem kerja yang unik. Sektor ini melihatkan teknik secara tradisional hingga kepada penggunaan teknologi yang kompleks. Bilangan pekerja berdaftar serta terlibat secara langsung dalam sektor pertanian seramai 1,623,700 atau 18.4 % daripada jumlah pekerja yang berdaftar di Malaysia pada tahun 2000. Jumlah kemalangan industri pada tahun 1988 adalah sebanyak 85,338 kes dengan 10,998 daripadanya merupakan kes kemalangan yang berlaku dalam pertanian kekal. Dari jumlah tersebut 458 kes adalah hilang upaya kekal dan 13 maut. Pekerja-pekerja ladang merupakan salah satu golongan pekerja yang telah memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan taraf ekonomi negara, khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu keselamatan dan kesihatan dalam sektor perladangan. Secara khususnya, tiga objektif telah digariskan iaitu untuk mengenalpasti hazad-hazad keselamatan dan kesihatan pekerja yang wujud di ladang kelapa sawit dan getah, mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan di tempat kerja dan menilai keperihatinan pihak majikan terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di ladang mereka. Kajian mendapati hazad keselamatan yang sering dialami pekerja-pekerja ladang adalah luka, tercucuk duri, silap urat/sakit urat, terseliuh, lebam dan patah tulang. Bagi hazad kesihatan pula adalah sakit kepala, keletihan, gatal kulit kurang selera, berair hidung, muntah, ruam, susah bernafas, lali, kurang darah dan hidung berdarah. Manakala faktor-faktor yang menyumbang berlakunya kemalangan dalam sektor perladangan adalah cara pengendalian peralatan yang tidak selamat dan kecuaian pekerja sendiri. Kajian juga mendapati, pada keseluruhannya, ladang-ladang getah dan kelapa sawit di utara Semenanjung Malaysia menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam aspek keperihatinan majikan terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dari persepsi pekerja, dari aspek sistem pengurusan, faktor asas dan faktor langsung di mana min keseluruhannya lebih hampir kepada skala setuju.