Isu kelewatan agihan perumahan

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM ke-8) antara objektif pembangunan perumahan adalah meningkatkan peluang semua penduduk daripada pelbagai peringkat pendapatan, mendapatkan rumah yang mencukupi, berkualiti atau mampu disewa. Keutamaan adalah pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah. Sektor...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusoff, Mohd. Nazaruddin, Md. Zan, Zainal
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/520/1/isu_kelewatan_agihan_perumahan.pdf
http://repo.uum.edu.my/520/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM ke-8) antara objektif pembangunan perumahan adalah meningkatkan peluang semua penduduk daripada pelbagai peringkat pendapatan, mendapatkan rumah yang mencukupi, berkualiti atau mampu disewa. Keutamaan adalah pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah. Sektor awam dan swasta akan mempergiatkan usaha melaksanakan program perumahan untuk memenuhi permintaan masyarakat. Namun, masalah kelewatan penyiapan projek perumahan masih lagi diperkatakan. Rungutan demi rungutan yang dilemparkan oleh pembeli-pembeli terhadap pemaju-pemaju perumahan yang gagal menyiapkan rumah mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mutu pembinaan yang kurang memuaskan. Justeru, kajian ini telah meneliti apakah masalah utama yang dihadapi oleh pemaju-pemaju projek perumahan yang menyebabkan mereka gagal menyerahkan rumah kepada pembeli dalam masa yang telah ditetapkan. Sebanyak 70 buah projek perumahan yang mengalami kelewatan telah dikenalpasti dan telah diadakan temubual dengan pemaju-pemaju perumahan terbabit. Hasil kajian mendapati masalah kelewatan datangnya dari pihak pemaju perumahan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). Antara punca kelewatan projek adalah prosedur PBT yang membebankan pemaju, masalah kewangan pemaju, kontraktor kurang pengalaman, kenaikan kos buruh dan sumber serta kelewatan pemaju mendapatkan Sijil Layak Menduduki. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan yang dapat mengurangkan masalah kelewatan ini, antaranya ialah PBT perlu mengadakan garis panduan pembangunan yang lebih jelas, penyediaan dana perumahan oleh kerajaan dan institusi swasta serta menambahkan pusat latihan teknik dan vokasional bagi peningkatan tenaga mahir dan profesional.