Atribut sistem penilaian prestasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja guru sekolah kebangsaan di negeri Perlis. Kajian ini meninjau hubungan antara pemboleh ubah atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja guru. Sejumlah 107 orang guru telah dipilih sebag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Veloo, Arsaythamby, Zolkepli, Wirma Hasmin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2011
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/5029/1/ijms18110.pdf
http://repo.uum.edu.my/5029/
http://ijms.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja guru sekolah kebangsaan di negeri Perlis. Kajian ini meninjau hubungan antara pemboleh ubah atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja guru. Sejumlah 107 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Atribut Sistem Penilaian Prestasi (ASPP) terdiri daripada enam pemboleh ubah tidak bersandar iaitu keadilan sistem, kejelasan sistem, kawalan kriteria penilaian, penyertaan guru dalam sistem penilaian, pengendalian sistem penilaian dan kredibiliti penilai dengan pemboleh ubah bersandar iaitu kepuasan kerja guru. Instrumen kajian ini mengandungi sejumlah 26 item yang diadaptasi daripada instrumen Kelly, Ang, Chong dan Hu (2008). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 12.0 melalui ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara atribut Sistem Penilaian Prestasi iaitu keadilan sistem, kejelasan sistem, kawalan kriteria penilaian, pengendalian sistem penilaian dan kredibiliti penilai dengan kepuasan kerja guru-guru kebangsaan di negeri Perlis. Namun, terdapat satu pemboleh ubah yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru iaitu penyertaan guru-guru dalam sistem penilaian prestasi. Dapatan kajian ini memberikan input kepada pihak pentadbir sekolah kebangsaan tentang tingkah laku guru-guru terhadap penilaian prestasi dan bagaimana hubungan pelbagai atribut Sistem Penilaian Prestasi dengan kepuasan kerja. Setiap individu mengharapkan Sistem Penilaian Prestasi yang dilaksanakan adil dan telus. Melalui kajian ini, terbukti bahawa keadilan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengendalian Sistem Penilaian Prestasi.