Kualiti persekitaran sosial keluarga dan pencapaian akademik anak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kualiti persekitaran sosial keluarga dan perkaitannya dengan pencapaian akademik anak. Sampel kajian terdiri daripada 120 ibubapa yang telah dikenalpasti secara rawak mudah melalui anak mereka iaitu pelajar tahun empat dan tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Jala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arshat, Zarinah, Baharudin, Rozumah
Format: Article
Language:English
Published: Sekolah Pembangunan Sosial 2001
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/469/1/Zarinah_Arshat.pdf
http://repo.uum.edu.my/469/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan kualiti persekitaran sosial keluarga dan perkaitannya dengan pencapaian akademik anak. Sampel kajian terdiri daripada 120 ibubapa yang telah dikenalpasti secara rawak mudah melalui anak mereka iaitu pelajar tahun empat dan tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2), Jalan Rusa, Kuala Lumpur. maklumat telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Kualiti Persekitaran Sosial Keluarga telah diukur menggunakan skala persekitaran keluarga yang dibentuk oleh Moos dan Moos (1974) dan telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh pengkaji. Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor markah empat matapelajaran terpilih: Sains, Matematik, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kajian mendapati majoriti (94.2%) responden memperolehi skor kualiti persekitaran sosial keluarga yang tinggi. hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan signifikan (r = 0.18, p<- 0.05) diantara kualiti persekitaran sosial keluarga dengan pencapaian akademik anak. kkajian ini merumuskan bahawa kualiti persekitaran sosial keluarga mempunyai perkaitan dengan pencapaian akedemik anak