Indikator kecukupan sosial pendapatan: Transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi

Kertas kerja ini adalah mengenai indikator kecukupan sosial pendapatan untuk membolehkan pekerja menikmati kesejahteraan hidup. Gaji dan skim manfaat pekerjaan yang diterima perlu dapat bertindak balas dengan keperluan dan perubahan yang berlaku dalam iklim ekonomi semasa. Indikator ini ialah penemu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Musing, Ibrahim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/4484/1/ibrahim.pdf
http://repo.uum.edu.my/4484/
http://ijmsconference.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini adalah mengenai indikator kecukupan sosial pendapatan untuk membolehkan pekerja menikmati kesejahteraan hidup. Gaji dan skim manfaat pekerjaan yang diterima perlu dapat bertindak balas dengan keperluan dan perubahan yang berlaku dalam iklim ekonomi semasa. Indikator ini ialah penemuan baru berdasarkan kepada satu kajian lapangan yang dijalankan kepada guru-guru di sektor awam dan swasta (negeri Selangor, Malaysia), pada tahun 2009 hingga 2010. Beberapa bentuk keperluan baru yang tidak disediakan oleh majikan dalam pakej manfaat pekerjaan telah mengecilkan saiz pendapatan dan membawa kepada ketidakcukupan sosial pendapatan. Berkaitan dengan hal itu, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) seolah-olah memahami akan perlunya transformasi ke arah mewujudkan pekerja berpendapatan tinggi. Konsep pekerja berpendapatan tinggi adalah sangat penting untuk memastikan kebajikan pekerjaan dapat dinikmati oleh pekerja dan tidak hanya menjalani kehidupan dalam keadaan “secukup hidup”. Hasil penemuan kajian dan indikator yang telah diwujudkan memerlukan intervensi susulan untuk melaksanakannya. Beberapa pendekatan dan mekanisma dalam RMK-10 boleh dijadikan intervensi untuk membolehkan pekerja mencapai indikator kecukupan sosial yang ditetapkan, dan ini seterusnya dapat menangani kemiskinan pekerja; yang signifikan dengan kemiskinan bandar dan kemiskinan relatif.